Sunday, 16 September 2018

[Video 8 Orang Demonstran Bangkit Ditahan Polis Di Sabah] PKR dah ambil alih perangai Umno ke? PORT DICKSON YANG PELIK...Cerita menganjing dan MELAYU! Skrip biasa dan skrip inilah juga yang 'meracun' pemikiran ahli Pas.

Ahad, 16 September 2018

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Otai BERSIH menambah 3 foto baharu

9 jam
Terkini..
Bagaimana Malaysia Baharu? Bagaimana Sabah Ubah? Bila Mahasiswa dan Anak Muda ditangkap melakukan perhimpunan aman untuk menuntut pembangunan di Negeri Sabah.
Foto Ikram Gonzalo.
PKR dah ambil alih perangai UMNO ke... ?

Harap juga SPRM siasat bekas ahli parlimen PKR Port Dickson ... orang lain berebut-rebut jawatan ... Datuk Danayal suka suki lepas jawatan .. betul ke secara sukarela letak jawata tanpa ada apa-apa ganjaran....?


PORT DICKSON YANG PELIK....
Setelah MIC enggan bertanding dan Pas awal-awal lagi sudah angkat bendera putih, kini hanya tinggal UMNO yang jadi penentu sama ada akan berlaku pertandingan atau sebaliknya di Port Dickson.
Dilaporkan penentuan sama ada UMNO akan bertanding atau tidak akan diputuskan pada 24 September ini.
Jika UMNO sedia meletakkan calonnya yang sudah pasti akan disokong pula oleh Pas, pilihanraya kecil Port Dickson tentu sekali akan jadi meriah dan menarik.
Tetapi, jika parti itu tidak sedia meletakkan calonnya, maka akan menang percumalah Anwar Ibrahim yang sekaligus lebih memudahkannya sebagai Ahli Parlimen pertama dari Negeri Sembilan menjadi Perdana Menteri.
Namun yang peliknya, sementara menunggu UMNO membuat keputusannya itu, tiga pemimpin parti itu sudah pun secara terbuka memberi sokongan, malah menyatakan akan turun berkempen membantu kemenangan Anwar yang akan bertanding menggunakan logo Harapan.
Mereka ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunus
Amboi...mentang-mentang Anwar bakal Perdana Menteri, sanggup mereka ini mengenepikan parti sendiri!!
Tetapi, bagaimana jika nanti UMNO memutuskan tidak bertanding dan Anwar menang percuma?
Kalau itu yang diputuskan, maka terlepaslah peluang ketiga-ketiga pemimpin UMNO berkenaan untuk “menghimpit” bakal Perdana Menteri yang sudah tentu tindakan itu sebenarnya lebih untuk kepentingan peribadi 

Mursyidul Am PAS dan cerita anjing!

Sebenarnya aku malas nak ambil pusing mengenai muktamar PAS. Namun jika tak bersuara, aku gatal tangan untuk mengulas isu kerjasama PAS - UMNO yang hangat dibahaskan di muktamar PAS sekarang.

ISLAM dan MELAYU. Skrip biasa dan skrip inilah juga yang 'meracun' pemikiran ahli PAS supaya percaya akan agenda politik pemimpin PAS dan UMNO. Bagi UMNO, peluang ini digunakan sepenuhnya untuk bangkit kembali setelah kegagalan memalukan. Mereka malu kerana kalah dalam PRU 14, tetapi kurang malu engan dosa-dosa mereka dalam kerajaan terdahulu. Banyak sungguh kemungkaran yang mereka lakukan. Bagi PAS dan UMNO, PH adalah musuh utama. Bagi PAS Islam sudah hancur di bawah PH. Bagi UMNO .. melayu semakin melarat dan menderita di bawah PH.

Ketika UMNO dilihat cuba meneruskan survivor politik mereka, PAS pula mencari rakan sekutu yang lebih kuat untuk turut serta merasai nikmat bergelar ahli kabinet, Menteri dan sebagainya. Rasa cemburu ketika pemimpin AMANAH telah mengecapi nikmat tersebut suddah tidak dapat diselindung lagi.

Demi mengejar cita-cita yang tidak berkesudahan, mereka sanggup bekerjasama dengan UMNO. Sampai membawa perumpamaan cerita anjing dalam kisah seperti di bawah.

Sebenarnya cerita itu tidak ada cacat celanya. Betul, dua ekor anjing yang berebut tulang akhirnya berdamai untuk menyerang serigala.

Kita patah balik sedikit beberapa bulan terdahulu. Kita hanya perlu tukar serigala tersebut kepada Barisan Nasional. Apakah ruang dan peluang telah diberikan kepada PAS untuk bersama-sama dengan Pakatan Harapan, lalu menyerang serigala bersama-sama.

APA JAWAPAN PAS KETIKA ITU? Seluruh rakyat memahami apa tindakan PAS ketika itu.

Aku melihat PAS hanya menggunakan pelbagai hujah yang melucukan. Mengambil kesempatan dan memaksa ahli untuk percaya dengan hujah mereka. Sebenarnya hujah tersebut sangatlah melucukan.

Pemimpin PAS membuat pelbagai hujah untuk 'MENGHALALKAN' kerjasama mereka untuk menang PRU 15. Ini tidak dapat ddisangkal. Hanya untuk menang PRU 15. Biarlah parti UMNO itu jugalah yang mereka tentang berpuluh tahun. Biarlah mereka sedar bahawa UMNO dan pemimpin di dalamnya jugalah yang merosakkan MALAYSIA.

Sebagai rujukan, sila baca petikan di bawah;



Ketika isu kerjasama antara PAS dan Umno menjadi tumpuan di Muktamar PAS ke-64 yang sedang berlangsung, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin menyeru ahli mengambil iktibar kisah pergaduhan dua anjing dan serigala.

Berucap di Muktamar Dewan Pemuda PAS beliau berkata, dua ekor anjing yang sedang bergaduh akan menghentikan pergaduhannya apabila munculnya serigala.

"Dua ekor anjing sedang bergaduh kerana berebut tulang, tiba-tiba datang seekor serigala.

"Kedua-dua anjing tersebut berhenti bergaduh dan bertindak menyerang serigala kerana sedar serigala itu adalah musuh utama mereka.

"Itu anjing pun boleh berfikir. Jadi sekarang musuh utama kita siapa?" katanya.

Terdahulu Hashim berkata, Majlis Syura Ulama bermesyuarat antaranya membangkitkan isu semasa yang dirasakan perlu untuk dibincangkan kemungkinan wujud masalah dalam kerjasama dengan Umno.

Katanya, sekarang bukan masa sesuai untuk bergaduh dengan Umno dengan suasana orang Melayu berpecah kepada lima parti.

"Kita telah pun mendapat maklumat ada pemimpin di kalangan pemuda dan muslimat yang akan bangkitkan dan menentang habis-habisan.

"Tolonglah belajar daripada kisah anjing tadi. Sesuai ke masa ini untuk kita fikir gaduh dengan Umno?

"Memang kita tak setuju dengan Umno yang buat macam-macam, itu kita tak lupa. Tetapi sekarang musuh utama, apa patut kita buat dan dengan siapa kita berkawan," jelasnya. 
Malaysia Kini
Menconteng untuk perubahan.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena