Jadi Kerajaan Tak Mungkin Kaya Melainkan Curi Wang
KAHKAHKAH...INI LUAHAN KATA-KATA ORANG KECEWA NAMANYA!!
Hahahaha....saya ingin mulakan tulisan kali ini dengan ketawa terlebih dahulu sebagai mukaddimahnya.
Tidak lama sebelum ini, Annuar Musa menulis di laman Facebooknya bahawa hanya Anwar Ibrahim yang mampu memulihkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam yang kian terancam selepas keputusan PRU14 yang lalu.
Negara lebih memerlukan beliau sekarang ini, kata Annuar lagi sambil menyebut tentang idealisme perjuangan Anwar yang dianggapnya tetap segar, sama seperti tahun 80-an dan 90-an dahulu.
"Malah pendirian Anwar cukup kejap dalam isu Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan ummah," tambah Setiausaha Agung UMNO itu lagi.
Untuk itu, beliau berharap agar Anwar dapat segera mengambil alih tampuk kepimpinan negara.
Selain Annuar, beberapa pemimpin UMNO yang lain juga turut berharap agar Anwar segera mengambil alih jawatan Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad, meskipun Perdana Menteri mengatakan beliau memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk memulihkan negara daripada kerosakan yang diakibatkan oleh Najib Razak yang mengamalkan gaya kepimpinan ala kleptokrasi.
Ketika itu, harapan UMNO tentunya ialah untuk menumpang kasih kepada Anwar kalau-kalau setelah menjadi Perdana Menteri nanti, beliau sedia untuk bekerjasama dengan parti yang baru kehilangan kuasa itu.
Iyalah...setelah 61 tahun berkuasa tanpa henti sejak merdeka lagi dan bila tiba-tiba hilang kuasa, UMNO seolah-olah hilang punca dan bagaikan tidak boleh bersabar untuk menunggu tempoh lima tahun lagi bila PRU15 diadakan.
Mereka juga sebenarnya tidak menyangka Tun Mahathir yang sudah berusia 93 tahun dan pernah dianggap tua nyanyuk, rupa-rupanya masih gagah untuk menumbangkan UMNO dan BN yang penuh dengan kuasa serta banyak wang di dalam poket para pemimpinnya.
Untuk mengendeng kepada Tun Mahathir, tentu saja UMNO berasa malu kerana macam-macam kata hinaan pernah dilemparkan sebelum itu.
Lalu, hanya kepada Anwarlah harapan UMNO untuk segera beroleh kuasa semula, meskipun dengan cara menumpang kasih kepadanya.
Bagaimanapun, Anwar baru-baru ini bertegas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO serta komited untuk terus bersama dengan Pakatan Harapan.
Maka, tentu saja UMNO jadi kecewa dibuatnya. Dan jika ingin berkuasa semula, mereka kini tiada pilihan lain kecuali terpaksa bertarung semula dalam PRU15 nanti yang belum tentu pula mampu menghasilkan kejayaan yang akan menghadirkan kuasa.
Lalu, berkatalah Annuar semalam, "Baru-baru ini Anwar keluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan UMNO.
"Kirim salam pada beliau. UMNO tidak pernah perlukan Anwar."
Kahkahkah...budak sekolah pun tahu ini luahan kata-kata kecewa namanya yang tak ubah seperti cinta seseorang yang ditolak mentah-mentah oleh idaman kalbu yang pernah diimpi-impikan selama ini.
Ehhh...tapi Pas kan ada? (ShahbudinHusin 02/09/2018)
0 comments:
Post a Comment