Monday, 3 September 2018

[Video Mat Bangla tauke besar di Kuala Lumpur?] Sah bergelar Senator, Husam bakal menjadi Pengerusi Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (Royalti minyak) & Walaun/walauntit jgn meroyan yer...Aik, Bangla KL mana semua pergi..?

Isnin, 3 September 2018

Foto Otai BERSIH.
Sah bergelar Senator. Alhamdulillah. Bakal menjadi Pengerusi Pembangunan Ekonomi Pantai Timur. Royalti minyak disalur menerusinya. Tpi pengharaman menjejakkan kaki di Pejabat Kerajaan Negeri Kelantan menghalang beliau utk memberi Royalti. Sama2 kita tunggu perkembangan. Walaun Pas jgn meroyan yer...
Foto Otai BERSIH.

Otai BERSIH menambah 2 foto baharu

6 jam
Mana semua pergi..?
Kuala Lumpur: Situasi pelik apabila lokasi sekitar Jalan Petaling, Jalan Silang serta Chow Kit di sini, yang sering dibanjiri ribuan warga asing pada setiap hujung minggu tiba-tiba lengang semalam.
Di ketiga-tiga kawasan itu mendapati kawasan kaki lima dan kedai yang sering menjadi tumpuan warga asing bertukar sunyi seolah-olah mereka sudah menghidu operasi bakal dijalankan Jabatan Imigresen (imigresen) semalam.
Harian Metro sebelum ini secara bersiri mendedahkan kawasan sekitar Jalan Petaling dan Jalan Silang, di sini menjadi tumpuan warga asing susulan kewujudan kedai dan klinik haram menjual ubat seludup sejak 23 Ogos lalu.
Bagaimanapun kehadiran peniaga warga asing yang menjual pelbagai jenis barangan di kaki lima sekitar kawasan Jalan Silang di sini, turut tidak kelihatan semalam.
Senario yang sama juga boleh dilihat di sekitar perhentian bas berhampiran Kompleks Kotaraya yang selalunya sibuk dengan warga asing yang menggunakan bas dari sekitar Lembah Klang untuk ke kawasan Jalan Silang.
Keadaan ini juga boleh dikaitkan dengan ketegasan imigresen mengesan PATI menerusi pendekatan penguatkuasaan tanpa kompromi yang dilaksanakan menerusi Op Mega 3.0 yang bermula pada 1 Julai lalu.
Selain itu, tempoh untuk PATI menyerah diri secara sukarela juga tamat 30 Ogos lalu tanpa sebarang lanjutan menerusi program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela (Program 3+1).
KAWASAN yang sering menjadi tumpuan warga 
asing pada hujung minggu bertukar lengang.
Seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan berkata, keadaan lengang itu mungkin disebabkan tersebarnya maklumat mengenai operasi yang akan dijalankan imigresen selepas tempoh menyerah diri itu tamat.
“Memang kurang mereka (warga asing) hari ini (semalam), mungkin mereka takut dengan operasi yang kini sering dilaksanakan imigresen menerusi Op Mega.
“Tetapi, saya risau keadaan ini sementara saja, jika kawasan Jalan Petaling dan Jalan Silang ini masih menjadi tempat tumpuan mereka, bila keadaan sudah tidak panas, mereka mungkin akan berkumpul semula di sini,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan imigresen akan melancarkan operasi besar-besaran mulai tengah malam 30 Ogos yang bukan saja menumpukan kepada pekerja asing, malah turut memburu majikan yang melindungi mereka.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena