Sunday 9 September 2018

[Video Pas TERLAJAK PUJI ATAU BUTA TULI?] TKO 3-0, Kenapa walaun & waluntit tetiba jadi bisu? Pertama kali dengar TEMBERANG Tun Hanif Omar mahu pecah Malaya kepada dua bahagian.

Ahad, 9 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Krikk.. Krikk.. Krikk..
“PAS menang dalam kalah”, kata calon PAS PRK Seri Setia, Dr Halimah Ali.

SETAKAT MANA TUN HANIF AKAN PERTAHANKAN UCAPANNYA..

Amalan mengambil tindakan melalui saluran undang² ke atas tuduhan yang dilemparkan secara mudarat wajar digunapakai oleh pemimpin Melayu Islam kerana ia juga di galakan oleh Islam dalam mempertahankan diri bila di fitnah.

Anwar dan Khalid Samad anyara contoh terbaik menangani fitnah secara undang² dan kebiasaannya mereka dapat gantirugi yang setimpal dan nama dibersihkan.

Kalau tak buat,  apa takut nak saman. Beban bukti adalah pada pihak yang menuduh.

Tidak memadai menafikan sedangkan tuduhan² yang dilemparkan sangat berat. Bagi rakyat, pemimpin yang tidak berani mengambil tindakbalas kerana tuduhan itu ada kebenarannya.

Jika sikap mengambil tindak balas dengan tegas dan pihak yang menuduh akan menanggung kos yang tinggi,  pertuduhan yang semborono dan berniat jahat akan lebih berhati hati dan berkurangan.

Mindset,  tuduh tanpa bukti,  harganya tinggi untuk membayar.

Posted by 

Pertama kali dengar cerita temberang mahu pecah Malaya kepada dua bahagian

Fitnah bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar mendakwa kononnya Lim Kit Siang mahu agar Tanah Melayu dibahagikan kepada dua bahagian pada tahun 1969 adalah pertama kali didengar dan dilihat mempunyai agenda tertentu.
Cereka sedemikian kata Kit Siang adalah yang terburuk pernah didengarnya sepanjang dimomokkan dengan pelbagai fitnah termasuknya kononnya menjadi pencetus peristiwa 13 Mei, anti-Melayu, anti-Islam, puaka, jembalang termasuklah tuduhan mendominasi Pakatan Harapan.
“Saya kelu apabila mendengar kenyataan itu, membuatkan saya tertanya-tanya sama ada Hanif sudah nyanyuk atau mempunyai agenda tersembunyi untuk memburuk-burukkan saya dan DAP.
“Apa yang diperkatakan Hanif itu penuh dengan pelbagai kesalahan,” kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Anehnya kata Kit Siang, sudah tentu cerita sedemikian tidak akan terperap lama sekiranya beliau pernah membuat cadangan sebegitu.
“Malah, sepanjang hayat saya, saya tidak pernah mendengar cadangan sebegitu daripada mulut sesiapa.
“Sumber mana agaknya yang dipetik Hanif untuk mereka-reka cerita temberang tersebut?”soalnya.
Haniff dipetik Sinar Harian mendakwa DAP meminta Malaya dibahagi kepada dua bahaigan ketika Parti Perikatan membentuk Barisan Nasional susulan rusuhan Mei 1969.
Susulan itu, beliau mengakui memasukkan Lim Kit Siang ke dalam penjara selama dua tahun ketika menjadi Ketua Polis Negara.
Walaubagaimana pun, dakwaan itu kata Kit Siang terlalu banyak persoalan dan kesalahan tambahan lagi Haniff masih belum memegang jawatan Ketua Polis Negara.
“Ini kali pertama saya dengar bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap penahanan saya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
“Pertama sekali, beliau masih belum menjadi Ketua Polis Negara semasa saya pertama kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 18 Mei 1969.
“Khidmat Hanif sebagai Ketua Polis Negara bermula pada 1974 hingga 1994, selepas saya dibebaskan daripada tahanan ISA pada 1 Oktober 1970.
“Hanif mendakwa beliau adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap penahan tersebut. Adakah beliau juga orang yang bertanggungjawab membebaskan saya sebagai tahanan ISA pada 1 Oktober 1970? Amat menarik jika dapat mendengar satu lagi kisah temberang daripada Hanif,” katanya.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut menyanggah fakta Haniff berhubung pembentukan Barisan Nasional kerana gabungan itu hanya ditubuhkan pada 1973 manakala Haniff pula menjadi KPN pada 8 Jun 1974. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena