Sunday 9 September 2018

[Video Busker KL-Lagi Syantik & Lokman Adam] Pe hal Umno neh! Buat protes perhimpunan haram pun GAGAL! Tindakan undang-undang jika Hanif Omar gagal buat penjelasan sebelum 12.30 tengah hari ini.

Ahad, 9 September 2018

Foto Suara Rakyat.
Buat protes perhimpunan haram pun GAGAL !!!

HAR.. HAR.. HAR.. dah gagal salahkan pula tuduh kumpulan pemuzik jalanan atau busker nak sabotaj protes samseng mereka yg mana di situlah busker tpt periuk nasi mereka.
Kalau nak jadi samseng protes yang berjaya, belajarlah menuntut ilmu bertapa dgn Datuk Seri Jamal Yunos terlebih dahulu... BUKANNYA terus sondol protes..

Jamal Yunos skrg kan dah taubat, insaf setelah 27 hari berkampung meringkuk dalam penjara..

Tindakan undang-undang jika Hanif Omar gagal buat penjelasan sebelum 12.30 tengah hari ini

Tindakan undang-undang jika Hanif Omar gagal buat penjelasan sebelum 12.30 tengah hari ini
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, beliau telah mengarahkan peguam beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar jika beliau gagal membuat penjelasan memuaskan sebelum 12.30 hari ini.
Kata Lim Kit Siang, Sinar Harian melaporkan bahawa Hanif berkata, beliau memenjarakan beliau (Lim) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana DAP mahu membahagikan Semenanjung Malaysia menjadi dua bahagian selepas pilihan raya umum 1969, Pantai Timur untuk orang Melayu dan Pantai Barat untuk orang Cina.
“Semua ini jelas fitnah dan pembohongan kerana DAP ataupun saya tidak pernah membuat cadangan seperti itu sama ada dalam 1969, sebelum atau selepas itu.

“Hakikatnya asas penahanan saya di bawah ISA, tidak ada dirujuk sebarang cadangan untuk membahagikan Semenanjung Malaysia kepada Pantai Timur untuk orang Melayu dan Pantai Barat untuk orang Cina.
“Dan sewaktu penahanan awal 60 hari di lokap Kuala Selangor dalam 1969, sewaktu saya disoal siasat oleh anggota Cawangan Khas, saya tidak pernah ditanya mengenai dakwaan tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Jelas beliau, inilah sebab mengapa beliau mahukan Hanif menjelaskan sumber dakwaan tersebut.
“Saya cabar Hanif mengemukakan bab dan ayat, tarikh dan tempat dalam masa dua hari di mana DAP ataupun saya membuat cadangan tersebut selepas pilihan raya Mei 1969, dan saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi peribadi dan reputasi jika Hanif gagal berbuat demikian,” tambahnya.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena