Sunday, 2 September 2018

[Video Usaha jatuhkan kerajaan PH sebelum PRU15? Laporan Polis Mengenai Akaun ke 5 Najib] 'Ingat kata Dr M, bangsa lemah tak boleh mengaku tuan'.

Selasa, 2 September 2018


Foto Khalid Samad.

Foto Khalid Samad.

Foto Khalid Samad. 

Foto Khalid Samad.

Foto Khalid Samad.

Foto Khalid Samad.

Foto Khalid Samad.

'Ingat kata Dr M, bangsa lemah tak boleh mengaku tuan'

Bumiputera Melayu, kerana mereka beragama Islam, boleh berdoa dan bersolat hajat meminta kebaikan daripada Allah.
Tetapi untuk berjaya mereka tetap perlu berusaha kuat kerana rezeki dan kejayaan tidak datang bergolek.
Itu adalah antara peringatan dan pesanan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika merasmikan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di ibu negara semalam.
Saya boleh merasakan runtunan perasaan Dr Mahathir kerana beliau amat konsisten dengan mesej ini dan di akhir-akhir ini seolah-olah menjadi obsesi beliau.
Sebagai salah seorang yang berdekad-dekad lamanya mendengar mesej Dr Mahathir itu – bermula dengan membaca secara haram cebisan manuskrip The Malay Dilemma pada akhir tahun 1960-an - saya sering tertanya-tanya adakah orang Melayu faham dan peduli rintihan beliau itu?
Apakah orang Melayu faham dan peduli kepada seruan “Marilah solat” dan “Marilah menuju kejayaan” yang dilaungkan oleh muazzin sekurang-kurangnya lima kali sehari?
Hari ini ramai orang Melayu menunaikan solat, berdoa panjang dan menghadiri pelbagai kuliah agama. Orang Malayu berpusu-pusu menampilkan "kearaban" mereka.
Tetapi berapa ramai yang bertaburan di muka bumi untuk mencari kejayaan sambil mengingati Allah?
Ambil kesempatan
Yang kita tahu ramai mengambil kesempatan daripada kelepasan waktu mengerjakan sembahyang fardu dan sembahyang Jumaat untuk tidur di surau dan masjid atau pergi membeli-belah.
Ertinya ada orang Islam yang mengambil kesempatan daripada kelonggaran yang diberikan oleh majikan, termasuk majikan bukan Islam, bagi mengerjakan sembahyang untuk tujuan yang bercanggah dengan perintah Allah.
Jadi tidak hairanlah, walaupun masjid penuh melimpah pada hari Jumaat dan berpuluh ribu mengerjakan haji serta umrah setiap tahun, masih ramai orang Islam Malaysia, khususnya orang Melayu tidak berasa apa-apa untuk melakukan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan bermacam-macam lagi kemungkaran.
Zaman dulu lain. Masjid lengang. Di kampung saya pada tahun 1950-an dan 60-an amat kerap solat Jumaat terpaksa ditukar menjadi solat Zuhur kerana tidak cukup jemaah.
Palulah gendang raya sekuat mana pun, kaki judi tetap bermain pakau dan terup di bilik belakang kedai kopi Cina atau dalam belukar di tengah sawah.
Orang Islam ditangkap kerana tidak sembahyang Jumaat atau bermain judi adalah perkara biasa.
Tetapi pada masa yang sama, kakitangan awam, polis dan penguat kuasa bukan sahaja tekun bekerja tetapi mereka juga tidak rasuah. Perkhidmatan awam Malaya (kemudiannya Malaysia) adalah antara yang terbaik di dunia.
Hari ini rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa begitu berleluasa dalam perkhidmatan awam sehingga kerajaan baru Pakatan Harapan sukar memisahkan di antara pegawai yang bersih dengan yang rasuah.
Ternyata ilmu yang lebih tinggi dan kealiman yang tersebar luas – ada yang solat hingga kematu dahi dan siang malam berpakaian Arab – tidak menjadikan Melayu beriman dan berjaya. Ada orang beritahu saya, Melayu itu Muslim tetapi tidak semua Muslim itu Mukmin.
Jadi, macam kata Dr Mahathir, bagaimanakah orang Melayu hendak menegakkan ketuanan mereka jika mereka menjadi kuli kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam?
Kata Perdana Menteri, bangsa yang lemah tidak boleh mengaku tuan.
“Apa erti ketuanan Melayu kalau Melayu menjadi pemandu dan yang duduk di belakang adalah orang bukan Melayu?” tegas beliau.
Ada Melayu berjaya
Namun saya akui bukan semua Melayu dan Bumiputera gagal.
Sejak Merdeka, khususnya selepas pelaksanaan Rancangan Luar Bandar dan Dasar Ekonomi Baru (DEB), orang Melayu dan kaum bumiputera lain mencapai kejayaan luar biasa dalam bidang sosioekonomi.
Tetapi orang bukan bumiputera jauh lebih maju dan berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan kesan limpahan, tirisan dan lelehan daripada DEB.
Ketirisan berlaku secara berleluasa dan teruk kerana sifat rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa oleh elit politik dan pentadbiran bumiputera sendiri.
Akibatnya, pembangunan ekonomi bumiputera menjadi seperti apa yang didendangkan oleh almarhum P Ramlee “walhasil balik asal, itu pasal tak hasil”.
Sedikit kejayaan dan kekayaan yang dikecap oleh orang Melayu tidak mengubah sikap mereka. Sebaliknya mereka menjadi lebih negatif, dengan yang gagal membenci yang berjaya.
Orang yang mendapat bantuan kerajaan tetapi gagal, dilupakan walaupun mereka berhutang berbilion-bilion ringgit dalam bentuk pinjaman PTPTN dan modal perniagaan. Tetapi segelintir yang berjaya dilabel sebagai kroni.
Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 membahaskan dan merumuskan banyak cadangan, rumusan dan rancangan.
Tetapi semua ini akan gugur menjadi daun kering yang ditiup angin dan akhirnya reput menjadi debu kalau bumiputera, khususnya Melayu tidak mengubah sikap menjadi orang yang berjiwa maju, bersih, cekap dan amanah.
Doa tanpa usaha tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kemiskinan boleh menjadi punca kemungkaran. Tamak dan haloba membuatkan pemerintah mencuri daripada rakyat jelata.

DATUK A KADIR JASIN adalah Penasihat Media dan Komunikasi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau adalah bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd dan kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.
Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena