Sunday, 3 February 2019

[Video Anak Kera Anak Beruk] PAS TERTINGGAL JAUH DI BELAKANG..Politik adalah seni Muamalah & PAS memang 'lambat paham'...

Isnin, 4 Februari 2019

PAS TERTINGGAL JAUH DI BELAKANG.. Politik adalah seni Muamalah.

1. 4 tahun yang lalu, apabila sejumlah pimpinan di pelbagai peringkat dalam PAS mengambil tindakan untuk berbeza 'ijtihad' dengan pemimpin utama PAS dan Dewan Ulamanya berkaitan perlunya 'perjuangan' PAS bergerak seiring dengan masyarakat majmuk dari sudut bersatu dalam perkara yang perlu disepakati dan merai perbezaan dalam perkara yang tak boleh disepakati. Sedangkan 'ijtihad' politik pimpinan PAS adalah perlu keluar dari bingkai 'penyatuan dalam perbezaan' kepada penyatuan berasaskan Melayu Islam.

2. Hasil dari perbezaan sudut pandang itu, kumpulan yang berbeza telah dicap dengan pelbagai gelaran; 'barua', 'broker', 'pengkhianat' dan pelbagai lagi gelaran negatif dilemparkan kepada golongan ini. 

3. Kuliah dan usrah pun digerakkan untuk mengelar 'golongan yang tak walak' ni dengan pelbagai istilah haraki; mutasaqitun, munafik haraki, geng Ibnu Ubay dan macam-macam lagi gelaran dihebahkan ke bawah mengunakan platform USRAH dan KULIAH (semua ahli usrah berasa macam ISLAMI saja kerana mengunakan istilah Arab). 

4. Tak cukup dengan mengunakan usrah di markaz, masjid dan surau pun dilibatkan sama (contoh; masjid An Najah Padang Serai), orang yang baru kenal tangga masjid pun heran, rupanya kembalinya aku ke masjid belum cukup sempurna, aku perlu pula 'masuk' PAS, barulah sempurna iman!

5. Dalam keadaan diasak dalam parti sendiri, sementara keadaan negara pula makin parah, maka sekelompok dari kalangan 'bekas' pimpinan PAS pun mengambil langkah 'strategik' dan 'ijtihadik' untuk menubuhkan Parti Amanah Negara. 

6. Rupanya, penubuhan Parti Amanah menambah parah 'meroyan' pimpinan PAS. Tak cukup dengan gelaran sahaja, hadith pula mereka julingkan sehingga ada fatwa dari 'Parit Panjang' yang menghalalkan darah orang yang keluar - tapi beliau gunakan istilah TERBIT - dari 'jamaah' PAS. Al Mursyidul Am PAS bahkan pernah gunakan ayat "lakum dinukum wa li yadin - hampa agama hampa, kami agama kami" bagi mengambarkan 'perbezaan' yang qatie antara PAS dan Amanah. 

7. Ketika PAS mempasakkan keyakinan kepada ahli mereka bahawa 'perjuangan' politik mereka berasaskan kepada 'aqidah' Islam, Amanah pula menekankan bahawa politik termasuk dalam 'muamalat' dalam Islam, ia tidak boleh dibaca secara literal dan hitam putih. Politik perlu ada 'strategi' dan mengambil kira 'realiti' semasa. 

8. PAS terus beristiqamah untuk 'menghukum' lawan politiknya. PAS mengambarkan dirinya terlalu kuat dan terlalu suci untuk berkawan dengan orang lain pra pilihanraya umum yang lalu. Semua parti lain (termasuk UMNO-BN) dipotretkan sebagai parti rasuah dan anti agama! 

8. 09 May 2018, UMNO kalah! PAS tidak menang di peringkat federal, campur kerusi yang dimenangi oleh keduanya pun tidak cukup untuk membentuk 'kerajaan kasih sayang'. PAS kekal sebagai pembangkang, UMNO belajar jadi pembangkang. 

9. Pasca PRU, kedua-dua parti mula bercakap dengan nada yang sama; MELAYU ISLAM. Persamaan tema mereka menyebabkan akhirnya 'ikatan' mereka makin erat dan kukuh, dan Cameron Highland menjadi pelamin mengikat cinta mereka. 

10. Maka, hilanglah segala ungkapan 'aqidah', PAS mula bercakap 'ini adalah soal strategi sesama pembangkang'. Hei PAS! Mana perginya ungkapan 'aqidah', 'golongan 73', 'jahiliyyah' dan sebagainya? PAS jauh tertinggal dan sekarang baru depa tahu, 'Politik adalah persoalan muamalah, bukan aqidah'! 

PAS memang 'lambat paham'... 

Sudah-sudahlah tunggang Islam... "Apa pun keputusan PAS adalah demi Islam"... Tak payah temberang laa PAS...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2435815999822451&id=100001822230745
KDL

comments:


Tiada perubahan pd Pas, dulu pembangkang bersama Pakatan Rakyat, la ni pembangkang bersama UMNO... apa yg berubahnya...nada tetap sama...suara pembangkang

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena