Sunday 3 February 2019

[Video Lawok DAKWAAN TERIMA RM90 juta] Lagu Mano Kelate Kito? Dr. Ustaz Rozaimi Ramle: Jika ijtihad ini betul mengapa perlu tarik kembali saman? Asyik2 cerita malu apa Pasku je! Hentikanlah hipokrik dan munafik bossku & Lebih pelik laskar Maya pro PH dulupun kini tunggang terbalik?

Isnin, 4 Februari 2019

Asyik-asyik cerita malu apa Pasku je..
Pakatan Harapan Supporters
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Sedari dulu saya menyatakan perkara ini dan sehingga sekarang saya mempertahakannya. Politik ini medan yang perlu banyak ijtihad. Maka ijtihad kekal ijtihad. Ia berbeza dengan perkara qat'ie yang semua wajib berpegang dengannya. Ijtihad siapa pun termasuk tokoh ulama boleh tersilap dan tersalah.

Tindakan PAS menyaman Sarawak Report juga adalah ijtihad. Terdedah kepada salah dan betul.

Jika ijtihad ini betul mengapa perlu tarik kembali saman yang sudah dimulakan tanpa Claire perlu menarik kembali artikel tuduhan 90 juta itu dan meminta maaf secara terbuka?

Jika isunya disebabkan kos yang tinggi adakah sebelum ini kajian tidka dibuat untuk meneliti kos yang bakal terlibat?

Namun jika ijtihad ini silap maka tidak perlu dipertahankan dengan mengatakan ia betul.

Mungkin ada yang berkata, aku yang infaq tidak bising kenapa engkau mahu bising?

Saya katakan: Orang yang bising ini pun tidak minta duit itu dikembalikan, cuma mahu nyatakan bahawa jika keputusan itu silap jangan kata ia betul. Jangan kata pimpinan mesti dan wajib berpandangan jauh setiap masa kerana dalam isu ini jika benar mereka berpandangan jauh pastinya saman ini tidak dimulakan dari awal lagi sehingga banyak kos yang terpaksa ditanggung oleh PAS dan penyokongnya.

Nak kata ia bala dari Allah atas maksiat pun ia bukan bencana alam yang tidak diyakini punca penyebabnya dosa atau sebaliknya seperti sebelum ini. Tambahan pula ia tindakan diri sendiri yang mulakan saman dan ia bukan maksiat kerana mempertahankan diri yang tidak bersalah.

Saya mencadangkan agar menanggap ia ujian Allah kepada manusia bertakwa yang tersilap untuk mengangkat darjatnya.

Dr Rozaimi Ramle

RAKYAT TERUS MEMBOHONGI DIRI SENDIRI..

Apakah pertukaran PM boleh membantu pengurangan kos sara HIDUP sekarang dan melonjakan ringgit serta harga getah dan kelapa sawit?

Namakan PM tersebut..

Apakah pertukaran kerajaan JUGA mampu melakukan semua itu?

Namakan kerajaan tersebut..

Apakah sebahagian rakyat SEDANG berdrama, berbohong, hipokrik Dan kufur nikmat dengan realiti semasa?

Bukankah sifat MALAS itu SEBENARNYA alasan terbaik tentang MALANG yang menimpa mereka sekarang..

(Ekonomi aku sekarang Tak cukup tangan menerima kunjungan rezeki..)
Bukan pasal kerajaan PH, bukan pasal PMnya Tun, tetapi usaha berterusan Dan utamanya Allah dah nak bagi...

# Apabila Kita tidak bersekongkol dengan kemungkaran, ikhlas memperjuangkan kebenaran, menewaskan si tamak Dan si haloba..ganjarannya Allah bagi rezeki..

KALAU makan dedak, makan suap, otak tersumbat, korupsi..lu pikirlah sendiri

Yang belum, teruskan...

Perjuangan yang lepas, TURUNKAN si pencuri, sudah Beres, perjuangan Tun sudah selesai..
APA yang sekarang kerajaan lakukan adalah pengisian PENGURUSAN Negara yang terbeban malapetaka hutang..

Pendekatan yang memerlukan masa Dan HUKUM JUGA mereka apabila sampai masanya ( PRU 2023), bukan sekarang...

Hentikanlah melokman diri dengan politik, hentikanlah hipokrik Dan munafik bossku.. yang Haram jelas yang halal jelas yang bersalah jelas Dan hukumannya pun jelas..

Jangan bohong diri sendiri. 

# lebih pelik laskar Maya pro PH dulupun kini tunggang terbalik..
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena