Friday 8 February 2019

[Video Bukan Biasherrr Biasherrr & Pas jadi bahan lawak di media sosial] Bukan biasa biasa, Abah Kau la Lobaii! Nak BUBAR BN? Nak mesyuarat esok pun boleh, kata MCA pada Umno. Akak!

Jumaat, 8 Februari 2019


Najib charged again with money laundering involving RM47 million
Bukan biasa biasa
Image may contain: 1 person, text that says 'Tweet Abdul Rani Kulup Fans @KulupFans Sorong papan tarik papan Buah Keranji dalam Perahu Suruh saman Pak Haji saman Suruh diadili Pak Haji X mahu. Abah Kau la Lobaii.. Translate Tweet'

Bubar BN: Nak mesyuarat esok pun boleh, kata MCA pada Umno

MCA menyangkal dakwaan pemangku pengerusi BN Mohamad Hasan berkenaan tiadanya mesyuarat majlis tertinggi gabungan itu.
Semalam Mohamad berkata mesyuarat itu tidak dibuat kerana MCA dan MIC risauwartawan akan menekan mereka berhubung usul pembubaran BN.
Bagaimanapun Presiden MCA Wee Ka Siong berkata itu bukan sebabnya.
"Saya ingin berkata dengan jelas bahawa saya mengalu-alukan majlis tertinggi BM bermesyuarat secepat mungkin.
"Esok, lusa atau minggu depan... wakil MCA akan membentangkan usul pembubaran BN dalam mesyuarat itu," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Pada 2 Disember, perwakilan pusat MCA meluluskan usul untuk memberi kuasa kepada jawatankuasa pusat parti itu untuk menggesa ke arah pembubaran BN.
Sepuluh hari kemudian, jawatankuasa pusat menghantar surat rasmi kepada sekretariat BN untuk mengadakan mesyuarat majlis tertinggi BN.
Ketika itu Ahmad Zahid Hamidi masih menjalankan tugas sebagai presiden Umno.
Wee berkata pada 4 Januari, MCA menerima notis daripada ibu pejabat BN bahawa mesyuarat akan diadakan sebelum 7 Januari.
"Pada hari sama kita terima notis, jawatankuasa pusat MCA mengadakan mesyuarat.
"Jawatankuasa sebulat suara setuju bahawa presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung akan membentangkan usul perwakilan pusat (berhubung) pembubaran dalam mesyuarat itu," katanya lagi.
Pada hari sama, kata Wee, MCA diberitahu melalui Whatsapp bahawa mesyuarat itu ditangguhkan kepada 10 Januari.
Selepas itu, katanya lagi, sekretariat BN menerusi Whatsapp memberitahu MCA bahawa ia ditangguhkan kepada tempoh yang belum ditetapkan.
Pada masa sama, beliau berkata sekretariat BN mengundangnya untuk hadir ke sidang media pengumuman calon BN bagi PRK Cameron Highlands pada 10 Januari.
"Mohamad juga hubungi saya untuk beritahu beliau sudah terima surat rasmi MCA berhubung pembubaran BN dan meminta saya berjumpanya keesokannya.
"Pada 8 Januari, kami bertemu secara tidak rasmi dan membincangkan dua perkara - usul pembubaran BN dan PRK Cameron Highlands. Saya beritahunya tentang keputusan perwakilan pusat MCA dan kata saya sedia mendengar pandangan Umno dan MIC.
"Mohamad menegaskan 'mesyuarat yang betul' perlu dibuat, bermakna mesyuarat majlis tertinggi BN, untuk membincangkannya," katanya lagi.
Wee juga berkata beliau beberapa kali memberitahu Presiden MIC SA Vigneswaran bahawa jika mesyuarat itu diadakan, MCA akan membentangkan usul tersebut.
Menurutnya lagi, MCA tidak pernah membantah untuk mengadakan mesyuarat itu atau pun membatalkan hasrat untuk membincangkan usul itu.
Maka MCA tidak boleh disalahkan dalam soal tiadanya mesyuarat majlis tertinggi BN, katanya.
MCA menggesa usul pembubaran BN susulan tewasnya gabungan itu dalam PRU ke-14.
Dalam PRU itu, MCA hanya menang satu kerusi Parlimen iaitu Ayer Hitam yang kini dipegang Wee.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena