Sunday 10 February 2019

[Video Huisss budak ni membawanggg, DEDAH berita tidak baik utk Najib, Zahid & Hadi] Mata TERTUMPU pada kes Najib! Bikin malu Bosskuk & CLARE TERUS GARANG, PAS MENIKUS! Clare akui diancam.

Isnin, 11 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Tiada penerangan foto disediakan.
CLARE TERUS GARANG, PAS MENIKUS!
Clare kekal konsisten bahawa terdapat pemimpin kanan UMNO yang menyalurkan wang berjumlah RM2.5 juta kepada PAS.

Tidak berganjak pendirian, Clare akui diancam.

Clare Rewcastle Brown kekal dengan pendiriannya untuk tidak menarik balik laporan berkaitan penyaluran dana dari UMNO kepada Pas.

Tegasnya, walaupun menerima pelbagai ancaman, beliau kekal konsisten bahawa terdapat pemimpin kanan UMNO yang menyalurkan wang berjumlah RM2.5 juta kepada Pas.

“Ya, saya kekal dengan pendirian. Inilah bukti kukuh saya, saya tidak akan mengeluarkan artikel tersebut dan saya tidak mahu dibuli dengan tindakan fitnah. Jadi saya rasa wajar artikel itu kekal dan Pas juga perlu akuinya.

“Saya diminta untuk memohon maaf, menarik balik artikel, membayar Hadi Awang ?£1,000 (RM5,263) dan saya tidak lakukan satu pun perkara itu.

“Jadi saya kekal dengan pendirian. Apabila kes tersebut digugurkan oleh Hadi Awang, bukti kukuh itu kekal milik saya,” katanya ketika ditemubual Astro AWANI.

Menurutnya, sebagai seorang wartawan dan pengarang, beliau mempunyai hak untuk membangkitkan isu yang mempunyai kepentingan rakyat.

“Anda tahu yang pemimpin Pas kerap mengeluarkan kenyataan dalam beberapa hari ini termasuk meminta perkara itu dibuktikan dan sebagainya.

“Saya telah nyatakan hak saya sebagai seorang wartawan untuk membangkitkan isu berkepentingan rakyat yang mana telah tersebar serta wujud persepsi bahawa duit tersebut telah dimasukkan daripada UMNO kepada Pas pada waktu itu.

“Saya telah melaporkannya pada 2016 dan sehinggakan kini angka itu mencecah RM90 juta melibatkan kedua dua parti, dari UMNO kepada PAS,” ujarnya.- Astro AWANI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena