Berkat Rakyat tolak BN pada PRU 14.
Maka, Esok Selasa 12/2/2019, Bermula lah tumpuan Media di seluroh dunia keatas perbicaraan bapak segala Penyamun Penyangak terbesar yang di ikhtiraf dunia.
Otai BERSIH
Calon Perdana Menteri UMNO & PAS
Perjuangan Nabi mulanya tak ramai pengikut, pesan Najib pada anak
Nooryana, anak perempuan pasangan bekas perdana menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor merayu sokongan orang ramai menjelang perbicaraan bapanya dalam kes membabitkan pertuduhan berkaitan 1MDB.
Membuat hantaran di Instagram, Nooryana memuat naik gambar hitam putih Najib sedang bersalaman dan dikerumuni orang ramai.
"42 pertuduhan. Dan cukup jika hanya satu (tuduhan) yang sangkut (dibuktikan bersalah) berdasarkan dari segi teknikal dan kerajaan telah menutup suara pengkritiknya yang paling tegar (Najib)," tulisnya.
Pada hantaran itu juga, Nooryana mengenang perbualan bersama bapanya.
Beliau bertanya bapanya jika beliau mahu terus melawan pertuduhan terhadapnya dengan melihat potensi akibat terhadap diri, keluarga dan para penyokongnya.
"Jawab beliau:'Ingatlah Nabi Muhammad masih meneruskan perjuangannya walaupn hanya dengan pengikut yang kecil. Saya tahu ia amat perit. Tetapi saya mahu berada di situ untuk rakyat apabila tiba masanya nanti mereka dapat melihat kenyataan sebenar Malaysia Baru.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment