Thursday, 14 February 2019

[Video Lambakan Penceramah Agama atau USTAZ SAMPUL?] Kerana terdesak & patutkah, Abduh kata ‘ayah pun pernah berbohong’?

Jumaat, 15 Februari 2019

Kerana terdesak, Nik Abduh kata ‘ayah pun pernah berbohong’

Bukan susah dijangka sangat langkah orang terdesak. Terdesak mahu membuang air di stesen minyak misalnya, sehingga lupa memberi lampu isyarat dan memandu secara berbahaya.
Begitu juga dengan seorang pemimpin PAS yang cukup dikasihi pengikutnya, apatah lagi beliau adalah anak kepada tokoh parti itu yang sememangnya disanjungi kawan dan lawan semasa hayatnya.
Baru-baru ini pekung mengenainya terbocor. Maka bagi menampal kembali pekung tersebut para pemimpinnya terpaksa bersilat lidah apabila diajukan beraneka soalan daripada pemberita.
Ada yang mengatakan pihak yang membocorkan pekung itu sebagai pengkhianat, ada yang mengatakan apa yang terbocor itu adalah sebenarnya majlis ilmu. Namun alasan yang lebih hebat adalah pekung itu harus ditutup dengan pembohongan atas restu pimpinan yang sekian hari kita lihat semakin hilang arah tuju.
Itulah dia Nik Mohamad Abduh Nik Abdullah. Sosok yang dipertahankan pengikut dan pimpinan PAS sejak kebelakangan ini. Dia mungkin sahaja kini liabiliti terbesar buat PAS.
Sepertinya restu untuk berbohong daripada Haji Abdul Hadi Awang tidak cukup, Nik Abduh mencari pula alasan baharu.
“Ayah pun pernah bohong,” kata Nik Abduh. Jangan terkejut, ini adalah percakapan Nik Abduh yang sahih.
Kata-kata ini keluar dari mulut Nik Abduh bagi menghalalkan tindakannya berbohong.
Ini selepas suara rakaman yang menyatakan bahawa PAS menerima wang UMNO disahkan adalah milik Nik Abduh.
Kenyataan ini mengundang kemarahan pelbagai pihak yang kenal dengan peribadi bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau lebih mesra dipanggil Tok Guru Nik Aziz.
Malah ada juga yang membandingkan keperibadian beliau dengan seorang lagi anak Tok Guru, Nik Muhammed Omar yang kini menyertai Amanah.
Nik Omar dikatakan mempunyai keperibadian yang mirip arwah bapanya serta mempunyai sifat merendah diri.
Kini, setelah segala pembohongan terbongkar, rakyat khususnya pengikut PAS mungkin mampu menilai antara kaca dan permata. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena