Friday 8 February 2019

[Video Pengumuman2 minyak naik lagi & Rakan gembira, Tun M tersasul 'cakap Cina'] Kereta mewah, motor besar, banglo RM3 juta dalam radar SPRM.

Jumaat, 8 Februari 2019

Tiada penerangan foto disediakan.
Naik 4sen. Malam ni boleh penuhkan tangki. Jangan bimbang takkan melebihi paras Najib 2.20 harga silling.

Kereta mewah, motor besar, banglo RM3 juta dalam radar SPRM


SPRM akan memberi perhatian kepada kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi dan banglo milik beberapa pemimpin PAS dalam siasatan terkininya terhadap beberapa pemimpin parti itu.
Menurut sumber SPRM, agensi tersebut telah mengenal pasti beberapa pemimpin PAS menggunakan kereta mewah dan juga membeli rumah banglo.
"Sekurang-kurangnya lapan pemimpin PAS akan dipanggil ke siasatan ini," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau turut menyenarai pendek bahawa seorang bekas pemimpin PAS didakwa memiliki kereta-kereta mewah bernilai hampir RM1.5 juta dan sebuah rumah banglo berharga RM3 juta di Bangi," katanya.
"BMW525, Mini Cooper, Toyota Vellfire, Toyota Camry dan Toyota Fortuner. Laporan memberitahu beliau membeli kereta-kereta mewah ini secara tunai," tambah sumber yang mengetahui butiran siasatan itu.
"Manakala, tujuh pemimpin lain didakwa menyalahgunakan dana membeli Porche Cayman, Range Rover, Audi A6, Toyota Vellfire dan Toyota Altis, Volkswagen Passat, Audi Q7, Mercedes Benz, motor BMW dan sebagainya.
"Turut dalam radar adalah pembelian nombor plat VIP oleh pemimpin-pemimpin ini.
“Dipercayai sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS membelanja hampir RM100,000 setiap seorang untuk membeli nombor plat VIP ini," katanya lagi.
Untuk rekod, SPRM hari ini memanggil bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz untuk mendapat keterangan berkenaan dakwaan dana RM90 juta.
Presiden PAS Hadi Awang hari ini berkata parti itu terbuka dan sedia bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan itu.
Beliau juga menegaskan kewangan PAS disumbangkan oleh anggota-anggotanya yang mencecah angka sejuta orang.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena