T/Sekole.
Apabila manusia terlalu desperate.
1. Media lapor pemilik suara audio cuba menjustifikasi tindakan beliau sebelum ini yang menafikan suara itu miliknya meskipun kini pendiriannya dan parti ehem sudah berubah- mengaku pulak.
2. Bila dah di"push" ke dinding dan tiada tempat untuk berlindung lagi , nampaknya cara mudah adalah guna alasan yang paling tak bertanggungjawab..heret nama almarhum ayah- alasannya konon almarhum pun pernah lakukan hal yang sama. Yang almarhum lawan Umno hingga akhir hayat, tak mahu pula ikut. Yang almarhum kata jangan sesekali percaya pada Umno , tak mahu pula dengar ya.
3. Apapun, bagi saya, "tactic" terbaru mengheret nama baik almarhum Tok Guru adalah satu "tactic" yang amat jijik sejijik perbuatan terima duit dari Umno/BN.
4. Mengheret orang yang sudah meninggal dunia is extremely unfair. Macam mana arwah nak bela diri?
YB Sepang.
14-02-2019.
14-02-2019.
Ana tahu kekecewaan pengikut PAS
Pengikut PAS tentunya kecewa dengan pengakuan Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, semalam.
Masakan tidak, setelah sekian lama berjuang dan wala mempertahankan pemimpin, malah memaki DAP dengan pelbagai cacian, mereka akhirnya terpaksa tunduk malu dengan pengakuan pemimpinnya sendiri.
Takiyuddin semalam mengaku bahawa suara dalam audio isu PAS menerima wang daripada rakan sekutunya, UMNO adalah milik Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Nik Abduh sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu adalah suaranya dan menyifatkan ia sebagai fitnah yang hanya digembar-gemburkan parti serpihan PAS, Amanah.
Namun penipuan demi penipuan tidak dapat lagi ditutup.
Nik Abduh yang bertegas tidak akan “terlibat dengan perkara yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik UMNO atau membuntut di ekor DAP” akhirnya dibuktikan berbohong kepada pengikutnya.
Pengakuan ini bak jatuh ditimpa tangga, selepas Presidennya Abdul Hadi Awang menarik saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada UMNO.
Belumpun terpadam kekecewaan di hati pengikut PAS yang mengharapkan kemenangan hakiki, setelah berhempas pulas memungut sumbangan bagi membiayai kos guaman, mereka kali ini terpaksa menelan kebenaran bahawa pemimpin mereka berbohong.
Masakan pemimpin PAS yang mendakwa diri mereka membawa panji Islam sanggup berbohong? Ini yang agak sukar diterima akal pengikut PAS namun terpaksa dihadam meskipun pahit.
Pun begitu, tidak terlambat untuk pengikut PAS membetulkan keadaan ini dan menghantar mesej yang jelas terhadap kepimpinan mereka yang kini kelihatan tidak sabar-sabar lagi untuk duduk sepelamin dengan UMNO pada Pilihan Raya Kecil di Semenyih akan datang. – Roketkini.com
0 comments:
Post a Comment