Monday 4 February 2019

[Video Tu la jangan KONFIDEN sangat lobai 'Saman Hadi - Sarawak Report'] 'Saman tak saman' Macam nak perbodohkan orang ramai? Jadi gentleman, akui saja tak yakin teruskan saman S'wak Report.

Isnin, 4 Februari 2019
Macam nak perbodohkan orang ramai.
Image may contain: text
Image may contain: 3 people, text that says 'Clare gembira kebenaran sudah nyata Saya tidak berganjak. Pemimpin PAS memang menerima Duit haram 1MDB 90 juta dari Najib Razak, walaupun ada cubaan menutup mulut saya dan memperlecehkan saya sebelum PRU lalu," kata Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown Siapa yg bohong org putih kafir atau ulama pas?'
No photo description available.
Image may contain: 1 person, eyeglasses, beard and text
TS.

Jadi gentleman, akui saja tak yakin teruskan saman S'wak Report

Pemimpin Amanah menggesa pemimpin PAS menjadi gentleman dan tidak "memutar belit" isu penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Amanah Hanipa Maidin berkata, setidak-tidaknya, lebih elok pemimpin PAS berdiam diri berhubung isu itu.
"Dengan hormat saya nak kata begini. Apabila sudah tarik balik saman itu, jadi gentlemanlah.
"Akui sahaja pihak yang saman tak berapa yakin untuk pergi bicara jauh sekali untuk menang. Janganlah berbelit-belit.
"Paling kurang tutup mulut. Ini tidak, dah lah tak mahu teruskan saman, lepas itu masih nak meraung lagi," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Hanipa yang juga merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, beliau pada mulanya malas untuk mengulas isu itu, namun tidak dapat berdiam diri selepas terbaca kenyataan pemimpin kanan PAS yang mendakwa Sarawak Report tidak ada bukti mengenai dakwaan BN membayar pemimpin PAS RM90 juta untuk meraih sokongan.
"Maaf, saya tak boleh diam melihat kenyataan seperti itu yang, bagi saya, maaflah jika saya kata, macam nak perbodohkan orang ramai.
"Mungkin kenyataan seperti itu mudah laku dibeli oleh pentaksub. Tapi bagi yang berfikir, maaflah (tak dapat) nak terima begitu sahaja," katanya merujuk kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Semalam, Tuan Ibrahum berkata Sarawak Report tidak ada bukti mengenai dakwaan BN membayar parti itu sebanyak RM90 juta bagi menarik sokongannya.
Mengulas lanjut, Hanipa, sebarang bukti perlu dikemukakan di mahkamah dan Sarawak Report tidak dapat berbuat demikian kerana perbicaraan tidak diteruskan.
Ahli parlimen Sepang itu juga mengingatkan bahawa Sarawak Report sebelum ini menyerahkan bukti rakaman suara yang didakwa merupakan pengakuan pemimpin PAS berhubung dakwaan portal berkenaan.
"Peguam Abdul Hadi tak bantah pula 'keterangan audio' itu untuk dikemukakan dalam perbicaraan.
"Patutnya jika kita kata Sarawak Report memfitnah, janganlah kita setuju terima masuk audio itu. Itu dipanggil bunuh diri," katanya.
"Bila ada rakaman audio pengakuan terima duit itu, maknanya individu dalam suara itu akan dipanggil jadi saksi.
"Apabila jadi saksi, saksi akan disoal oleh peguam atau di London. Tapi itu semua malangnya tak berlaku sebab pihak yang saman tarik balik saman," katanya.
Abdul Hadi sebelum ini mengambil tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London pada 21 Apr 2017.
Ia berkaitan laporan portal itu pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.
Bagaimanapun, pada 1 Feb lalu, media melaporkan presiden PAS membuat keputusan untuk penyelesaian luar mahkamah.
Susulan itu, Clare berkata, penyelesaian luar mahkamah itu bererti dia tidak perlu memadam laporan yang menjadi pertikaian dalam kes berkenaan yang disiarkan Sarawak Report pada Ogos 2016.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena