Monday 4 February 2019

[Video Mahathir: Saya patut terus jadi PM & Dr Wan Azizah: Mahathir Sudah Cakap Apa Yang Kita Cakap] Saksi-saksi hidup sudah keluar..Audio Nik Abduh itu benar, peristiwa tu di Puchong & Mengapa ana kata parti ana dah jadi khadam Umno? Sampai bila walaun?

Selasa, 5 Februari 2019

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Tiba-tiba ramai ahli PAS mengaku Audio Ana tahu sebagai saksi. Mungkin tidak mahu bersubahat dengan anak TGNA makan dedak UMNO mungkin. Kenapa sebelum ini tak mahu mengaku?

LEBIH 40 SAKSI HIDUP TERHADAP PENGAKUAN YB NIK MOHAMAD ABDUH MENERIMA DUIT UMNO

Bulan Oktober 2016 adalah paling hitam dalam hidup saya. Buat pertama kali menjadi saksi hidup pengakuan menerima suapan.

Saya sebagai penjawat awam, tentu kenal bahawa apa yang disebut oleh YB Nik Mohamad Abduh adalah rasuah, bukan hadiah. Semua penjawat awam telah diberi pendedahan perbezaan antara hadiah dan ras
uah sebagai syarat pengesahan jawatan.

Hari kejadian, saya betul-betul di hadapan UNA. Tiada seorang pun depan saya. Telunjuk UNA yang marah terhadap Ustaz Zaharuddin Muhammad (UZM) yang membantah ‘ambil duit UMNO’, secara fizikalnya menuding kepada saya. Pimpinan lain yang hadir dan bersama dengan pandangan UNA adalah Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri .

UZM persoalkan hujah. Cuba memerhati hadis Nabawi dan perbahasan Fiqh. Tetapi, UNA pula melenting tak tentu pasal. Lentingannya di hadapan saya. Bagaikan saya dimarahi sebab saya betul-betul di hadapan UNA. Antara UNA dan UZM, ada dua orang iaitu Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi dan YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri.

Tiada seorang pun di hadapan saya. Tiada kepala yang menghalang saya dari memandang UNA. Di belakang saya pula adalah Ustaz Hazmi Dibok. Saya turut memerhati di sekeliling dan cuba mengenali satu persatu orang yang hadir. Jumlah mereka yang patut jadi saksi mencecah ataupun lebih empat puluh (40) orang.

Selepas hari kejadian, saya sangat kecewa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi dalam PAS. Memang bukan semua, tetapi saya sangat kecewa dengan UNA. Wajahnya bagaikan Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetapi hatinya sudah sama mendiang Marcos.

Dr Muhammad Atiullah Othman
04 Februari 2019

Mengapa ana kata parti ana dah jadi khadam UMNO?
Ana Tahu
Kes saman Sarawak Report sebagai contoh, sudah ramai peguam yang bagitahu tak perlu saman kerana Sarawak Report tak sebut nama Presiden parti ana secara jelas, tapi oleh kerana UMNO ada agenda tertentu terhadap Sarawak Report maka disuruhnya parti ana saman.
Harapan UMNO dengan saman tersebut, ia akan membantu mereka memulihkan imej mereka dalam PRU14 yang lepas. Maka diaturlah perang saraf kononnya presiden parti ana sudah menang sebelum PRU yang lepas dalam kes saman ini. Semua akhbar-akhbar propaganda UMNO menaikkan berita bahawa parti ana menang. Ahli-ahli parti ana bersorak bagai nak rak. Tertipu dengan mainan propaganda UMNO.
Namun malang, UMNO BN kalah PRU 14. Apa guna lagi kes ini bagi mereka. Jika diteruskan mungkin banyak lagi pendedahan lain akan timbul. Maka tarik balik saman adalah kaedah terbaik untuk UMNO. Maka parti ana yang menurut perintah pun tariklah balik saman tersebut. Logiknya kes ini amat penting untuk bersihkan nama parti ana.
Malu sungguh. Rela jadi khadam dan kuda tunggangan UMNO. Sampai bila?

Audio Nik Abduh itu benar, peristiwa itu di Puchong! kata saksi

Seorang ahli PAS yang turut berada dalam majlis tertutup dimana rakaman audio Nik Abduh dibuat tampil mengesahkan keaslian audio tersebut hari ini. Mohamad Hanafi Sulaiman menjelaskan audio terbabit telah dirakam sewaktu satu majlis bersama Nik Abduh dan beberapa pemimpin PAS yang lain pada 2016 di Puchong, Selangor.

Menurut beliau lagi, pendedahan awal yang dibuat beliau selepas PRU14 yang lepas telah mengundang kutukan dan kejian terhadap dirinya. Beliau turut kesal, walaupun kes tersebut dilapor dalam parti namun siasatan tidak pernah dilakukan oleh pihak parti.

Mohamad Hanafi turut menegaskan, Nik Abduh memang mengaku menerima duit UMNO dan pengakuan itu (rujuk audio Nik Abduh "Ana Tahu") berlaku pada bulan Oktober 2016 di Puchong.

Beliau yang turut melahirkan kekesalan tentang tindak tanduk pemimpin PAS "tertentu" yang suka mengadakan rundingan secara sulit dan memaksa ahli menerima segala yang telah "dirundingkan" (dengan UMNO).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena