Monday 19 May 2014

TENGOK Nei Orang UMNO...Tarif Elektrik Naik Bukan Salah Kami - CEO TNB

Selasa, 20 Mei 2014
TNB TIDAK TERLIBAT ATAS KENAIKAN TARIF ELEKTRIK - TNB

Yesterday 

TNB TIDAK TERLIBAT ATAS KENAIKAN TARIF ELEKTRIK - TNB
* Jibby yang suruh kan??!
  • Carlos Maverick [17/05 23:51] Zaini PRUDENTIAL: 17 Mei 2014
    Tarif TNB Naik : Bagi SUBSIDI untuk IPP boleh, nak bagi SUBSIDI untuk RAKYAT haram tak boleh..!! Kata Tengku Razaleigh Hamzah

    Pemberian subsidi RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) antara 1997 hingga 2011, sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna dihentikan, adalah "berdosa dan tidak dapat dimaafkan", kata Tengku Razaleigh Hamzah.

    Bekas menteri kewangan berkata, walaupun subsidi barangan pengguna bukan cara terbaik menangani kos sara hidup yang tinggi, ia masih lagi dapat diterima.

    "Perkara yang tidak boleh dimaafkan dan berdosa adalah betapa mudahnya pihak berkuasa memberikan subsidi kepada pembekal tenaga nasional, pembekal tenaga bebas, dan organisasi bukan berkaitan tenaga yang lain.

    "Yang menyedihkan adalah sewaktu pembekal tenaga ini berterusan menikmati harga petrol disubsidi, petroleum kepada pengguna - yang didakwa menelan belanja RM14 bilion pada tahun 2011 di pihak kerajaan - dihentikan sebahagiannya baru-baru ini," kata Tengku Razaleigh di ibu kota semalam.

    Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia.

    Tengku Razaleigh yang lebih mesra sebagai Ku Li itu mengulas pemberian subsidi petroleum oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak mampu untuk membeli bahan bakar itu pada harga pasaran yang sebenar.

    Bekas pengerusi Petronas merangkap MP Gua Musang itu turut mengkritik cara kerajaan menguruskan pendapatan badan korporat nasional tersebut.

    Memetik statistik daripada buku yang dilancarkannya, Tengku Razaleigh berkata hampir separuh trilion yang telah disumbangkan syarikat itu sejak tahun 1974 sehingga 2011 sepatutnya dimanfaatkan untuk menubuhkan tabung khas program pencen nasional seperti dilakukan sesetengah negara Scandinavia.

    Namun beliau kesal apabila sebahagian daripada wang itu sebaliknya digunakan untuk menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan iaitu Bank Bumiputra sebanyak dua kali pada tahun 1985 dan 1991 melibatkan wang sebanyak RM3.5 bilion.

    Tambahnya, Petronas juga digunakan untuk menjamin pembinaan Menara Berkembar Petronas sebanyak RM6 bilion dan membina Putrajaya sebanyak RM22 bilion.

    "Tindakan bermewah-mewah yang dipaksa ke atas Petronas ini menafikan syarikat ini daripada mengumpul rizab tunai untuk pelaburan semula bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

    "Adalah penting buat Petronas untuk melihat ke hadapan dalam meneroka pelaburan dalam perniagaan selain minyak dan gas apabila mengambil kira sifat hidrokarbon sebagai sumber yang terhad," katanya.

    Namun kini, Petronas digunakan sebagai tabung kecemasan oleh kerajaan apabila ia terdesak memerlukan wang, kata Ku Li lagi.

    Rakyat Marhaen
    [17/05 23:51] Zaini PRUDENTIAL: Dari kawan2 yg kerja TNB... 

    So utk makluman rakyat msia jgnlah marah pd TNB bila tarif naik sbb TNB telah di hitam kambingkan atas rasuah paling besar dibuat oleh BN. Kami di TNB tidak bersalah apa2 pun. Kami sudah sedaya upaya buat yg terbaik utk rakyat msia tapi kami tidak ada upaya dan kuasa utk menidakkan perancangan kerajaan. Rakyat kena selamatkan TNB sbb TNB adalah milik rakyat tapi YTL itu dimiliki oleh individu.

    Dia ngomel lg.......

    Tolong sedarkan rakyat msia dgn apa sekali pun agar mereka tau yg salah adalah kerajaan bukannya TNB. Klau kami bersuara maka perut kami dan anak2 kami akan kosong. Dlm perjanjian dgn IPP terdahulu TNB dipaksa terima perjanjian berat sebelah yg memang nyata merugikan TNB. Contoh TNB beli kuasa dari IPP 19 sen seunit tapi TNB jual 15 sen seunit. Sedangkan kos operasi semua TNB tanggung dan IPP (penjana bebas) tidak menanggung apa2 kos operasi malahan dapat subsidi minyak lagi. Tuan2 fikirlah sendiri adil ke kpd TNB. Mau tak mau TNB meratap pd kerajaan utk menaikkan tarif supaya syarikat milik rakyat ini dpt hidup. Tapi bila letrik naik rakyat terus marah pd TNB. Kami di TNB sedang berlawan dan bergelut dgn pihak2 luar (IPP) yg hendak memecahkan TNB ini kpd bhg yg kecil utk mereka milik sbb TNB ini adalah lubuk emas bg mereka. Rakyat tak tau bahawa kami ini amat sedih dan sedaya upaya agar TNB ini tidak dipecah2kan. Bila TNB dipecahkan rakyat akan menanggung akibatnya.
    Lagi....

    TNB ada 3 bhg paling besar. Penjanaan. Penghantaran. Pembahagian. Yg kecik2 remaco. tnb suizgear. uniten. Rnd dpartment. Yg paling untung dlm tnb adalah penjanaan. Mereka paling hendak penjanaanlah. Penghantaran adalah wayer tinggi tu dia org tak mau sbb tak untung. Pembahagian ni adalah pej. Pengurusan di daerah2 dlm msia. Contoh klau pembahagian di gemas mampus dia org taknak sbb tak untung. Dia org nak kl. Jb. Pp. Ipoh. Seremban dan tempat2 yg jualan elektrik berjuta2 sebulan. Bentong dia org naklah sbb genting guna karan 2 juta sebulan. Camtulah serba sedikit cito nyo.
    Last skali...

    Tulah kami tengah lawan habis2an melalui union kami. Kerajaan masih takut dgn kami punya union jer lg.
    Klau rakyat dapat jahanamkan IPP tu pasti tarif dpt diseimbangkan semula. Rakyat hentam dr luar kami hentam dr dlm baru boleh jadi.

Keuntungan TNB utk tempoh 5 tahun dari 2009 - 2013.

2013 - RM4.61 billion
2012 - RM4.41 billion
2011 - RM965 juta

2010 - RM3.20 billion
2009 - RM930 juta

Sumber : Annual Report 2013 TNB.

Setakat suku tahun kedua tahun 2014 keuntungan RM3.40 billion. (sumber : Malaysian Stock Biz)

Nukilan : dari fb Jasni Ibrahim

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena