Tuesday 24 February 2015

Ahli PasMa tidak dihalang bertanding pemilihan PAS...

Selasa, 24 Februari 2015
Ahli PasMa tidak dihalang bertanding pemilihan PAS
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menegaskan PAS tidak menghalang mana-mana ahlinya yang terlibat dengan NGO untuk bertanding dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada Jun ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 24 Februari, 2015.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menegaskan PAS tidak menghalang mana-mana ahlinya yang terlibat dengan NGO untuk bertanding dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada Jun ini. 

Ahli PAS yang terlibat aktif bersama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tidak akan dihalang daripada bertanding dalam pemilihan parti itu pada Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi berkata mengikut peraturan parti, mana-mana ahli parti Islam tersebut bebas untuk aktif bersama dalam aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tiada halangan untuk mereka bertanding.
"Peraturan ini tidak halang mana-mana ahli terlibat dalam NGO, ahli PAS boleh terlibat bersama NGO, seperti PasMa, Abim dan lain-lain.
"Saya bercakap ini secara umum, bukan hanya merujuk sahaja kepada PasMa sahaja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
PasMa ditubuhkan pada Ogos tahun lalu dan diterajui Datuk Phahrolrazi Zawawi, yang dilihat sebagai tidak sebulu dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kumpulan ulama.
Majlis Syura Ulama PAS juga mengeluarkan arahan melarang ahli-ahli parti menyertai pertubuhan itu.
Phahrolrazi yang juga Yang di Pertua PAS Kawasan Kuala Kedah memberi bayangan pemergian Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bakal memudahkan laluan penyokong kerajaan perpaduan dalam PAS bergabung dengan Umno.
Pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS Ke-61 pada 4-6 Jun tahun ini dijangka hangat, ketika pelbagai isu dan kemelut melanda parti Islam tersebut.
Pemilihan kali ini dilihat penting dalam menentukan arah tuju PAS dalam Pakatan dan sama ada tahaluf-siyasi dengan rakan-rakan parti diteruskan atau sebaliknya.
Sebanyak 27 jawatan peringkat pusat dipertandingkan, sementara itu bagi kawasan sebanyak 24 jawatan dipertandingkan.
Tarikh tutup untuk pencalonan peringkat pusat adalah pada 30 April ini. – 24 Februari, 2015.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena