Monday 23 February 2015

[Video] Tarian Gelek di Pasar Karat JB...Ermm BERKARAT sungguh!

Isnin, 23 Februari 2015

Tarian Gelek Di Pasar Karat JB


Kuala Lumpur – Exco Agama Kerajaan Negeri Johor, Abd Mutalib Abd Rahim menyifatkan tindakan penganjur yang memaparkan aksi gelek di Bazar Karat, Johor Baharu sebagai satu tindakan yang memalukan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera.

Menurut Abd Mutalib kejadian seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana majoriti peniaga dan pengunjung di kawasan tersebut terdiri daripada masyarakat Islam.

“Tempat cari rezeki mengapa perlu perkara yang bertentangan dengan hukum syarak, yang memalukan majoriti peniaga adalah Islam.

“Pihak berkuasa (perlu) mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima, ramai anak muda yang menyaksikan termasuk anak-anak sekolah, sungguh memalukan,” ujarnya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Abd Mutalib turut berkata, beliau telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Datuk Bandar namun sehingga kini tiada sebarang maklumbalas yang diterima.

“Tidak sepatutnya berlaku, saya ada maklumkan pada Datuk Bandar tapi tiada respon (maklumbalas) dan saya rasa dia (Datuk Bandar) pun tidak tahu tentang kejadian ini.

“Kejadian seperti ini sepatutnya tidak boleh berlaku melainkan ada orang yan bawa masuk ke Bazar Karat, kerana ini benar-benar mencemarkan imej bazar karat yang selama ini menjadi tumpuan peniaga dan orang ramai,” ujarnya lagi.

Beliau turut menjelaskan kejadian tersebut, bukan kali yang pertama berlaku di negeri itu kerana menurut laporan yang diterima ia turut pernah diadakan di Segamat tidak beberapa lama dahulu.

SuaraTV petang tadi mendedahkan rakaman video yang memaparkan aksi gelek seorang wanita yang berpakaian menjolok mata di bazar Karat yang menerima kecaman masyarakat.



Majoriti pengguna media sosial di Facebook mendesak agar penguatkuasaan Majlis Bandaran Johor Baharu (MBJB) segera melakukan pemantauan di pasar berkenaan dan bertindak tegas terhadap pihak penganjur. Suara TV



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena