Sunday 22 February 2015

'Jelmaan Altantuya? Pada pukul 11.33 pagi' Isnin...Telesidang dengan Sirul esok diteruskan...

Ahad, 22 Februari 2015

Telesidang dengan Sirul esok diteruskan

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sidang media secara telesidang bersama Sirul Azhar Umar tetap diadakan esok.


Walaupun terdapat laporan yang mengatakan Jabatan Imigresen Australia tidak membenarkan sebarang temubual diadakan bersama bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, namun Mahfuz berkata sidang media tetap dijalankan dan sebarang kemungkinan hanya akan diketahui esok.

"Ya, tetap akan dibuat. Pada pukul 11.33 pagi. (Sebarang kemungkinan) tak tahu. Esok baru kita akan tahu. Selama ini saya ada telefon dia (Sirul), bercakap dengan dia dan saya pun ada e-mel dengan dia.

"Saya dah dapat persetujuan dia dulu, baru saya umumkan mengenai sidang media itu dan dia setuju," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, seorang jurucakap imigresen Australia memberitahu, jabatan tersebut tidak meluluskan sebarang temubual televisyen dengan Sirul yang kini ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney.

Bagaimanapun, Jabatan Imigresen Australia tidak menolak kemungkinan Sirul memberi temubual kepada media jika proses permohonan yang sepatutnya, dipenuhi.

Sirul sebelum ini turut berkata, dia kini berunding dengan stesen televisyen Australia untuk ditemubual dan akan mendedahkan siapa yang didakwanya mengarahkan untuk menembak wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah, pada Jumaat lalu, Mahfuz pula memberitahu bahawa dia akan mengadakan sidang media melalui telefon bersama Sirul selama 15 minit di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

sumber Malaysiakini
Batu vs kayu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena