Monday 16 February 2015

Benarkah PAS SELINGKUH DENGAN UMNO?...Elak Program PASMA agar kerjasama terus mantap!

Selasa, 17 Februari 2015

PAS SELINGKUH DENGAN UMNO


Atas kertas memang masih ada ikatan tahaluf siyasi antara pas,dap dan pkr. Secara hakiki pas sudah membawa haluan sendiri. Satu demi satu perbuatan pemimpin pas berbincang dengan pemimpin umno untuk mengadakan pakatan baru pas/umno didedahkan pihak media.

Secara logik pas tidak setia pada pakatan rakyat dan bertindak seperti isteri yang curang. Pas sudah beberapa kali selingkuh dengan umno di belakang dap dan pkr.

Lagi mau nafi?

baca apa kata PSJ pas selangor ni... nak minta dap dan pkr SETIA aka WALA pada pas. Tak teringin nak gelak ke wahai kawan-kawan?


ELAK PROGRAM PASMA AGAR KERJASAMA TERUS MANTAP

Saya berharap pemimpin PKR dan DAP Selangor tidak akan terlibat dengan program-program PASMA.

Kerjasama di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat di Selangor adalah baik dan tidak seharusnya dijejaskan dengan isu PASMA.

Kerjasama berlaku di dalam kerajaan negeri seperti di kalangan Menteri Besar dan Exco-Exco. Berlaku juga di kalangan Ahli-Ahli Dewan Negeri seperti di dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan. Juga di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan di kalangan Ahli-Ahli Majlis. Mesyuarat Pakatan Rakyat di peringkat negeri telah juga diadakan.

Pakatan Rakyat Selangor mempunyai tugas untuk memacu pembangunan negeri ini ke hadapan disamping memberi pembelaan kepada seluruh rakyat dan hanyalah kerjasama yang erat di kalangan parti-parti PAS, PKR dan DAP dapat menjadikan hasrat ini satu realiti.

Walaupun adalah hak individu masing-masing sama ada untuk terlibat atau tidak tetapi biarlah isu PASMA ini diselesaikan oleh PAS secara dalaman.

Persefahaman Pakatan Rakyat di Selangor adalah lebih penting. Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab yang besar. Tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha-usaha memenuhi harapan rakyat yang begitu tinggi.

YB Dato' Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
16 Februari 2015

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena