Friday, 27 February 2015

'Tokeh Lembu NFC' GAGAL BATAL 2 PERTUDUHAN PECAH AMANAH RM49.70 JUTA...

Sabtu, 28 Februari 2015

TOKEH LEMBU NFC GAGAL BATAL 2 PERTUDUHAN PECAH AMANAH RM49.70 JUTA, KAT JAT KAT MANA?



Pengerusi NFCorp gagal batal dua pertuduhan pecah amanah RM49.7 juta

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (gambar, kiri) hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menolak permohonan Salleh selepas mendapati kedua-dua pertuduhan itu adalah teratur dan tidak cacat serta terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam perbicaraan penuh.

Azman berkata mahkamah itu terikat dengan keputusan Mahkamah Agung yang memutuskan tiada jalan pintas dalam sesuatu kes.

Oleh itu, katanya dalam kes ini, ia perlu menjalani perbicaraan penuh.

"Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf pada peringkat ini. Oleh itu, rayuan ditolak dan kes dihantar ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan penuh," katanya.

Azman bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Al-Firdaus Shahrul, yang mewakili Salleh, untuk menangguhkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.

Pada 22 November 2013, Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menolak permohonan Salleh untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, selepas mendapati pertuduhan itu tidak cacat dan mempunyai asas untuk didengar melalui perbicaraan.

Salleh, 66, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.

Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kedua-dau pertuduhan itu, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir bertindak bagi pihak pendakwaan.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengerusi-nfcorp-gagal-batal-dua-pertuduhan-pecah-amanah-rm49.7-juta#sthash.euhvmDqM.dpuf
Kedahkini.
Pintu gerbang masuk ke Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang kini satu wajah suram. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.
Pintu gerbang masuk ke Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang kini satu wajah suram. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena