Friday 20 February 2015

PAS akan mengadakan telesidang selama 15 minit bersama Sirul pada Isnin...Siapa "Bakal Cabut Lari?"

Jumaat. 20 Februari 2015
15 minit telesidang dengan media bersama Sirul pada Isnin 
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar ketika di luar kedutaan besar Australia pada 9 February lalu. Beliau berkata hari ini bahawa PAS akan memberi peluang bagi media tempatan bertemubual dengan Corporal Sirul Azhar Umar yang kini di tahan pihak imigresen Australia, pada hari Isnin. – Gambar The Malaysian Insider, 20 Februari, 2015.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar ketika di luar kedutaan besar Australia pada 9 February lalu. Beliau berkata hari ini bahawa PAS akan memberi peluang bagi media tempatan bertemubual dengan Corporal Sirul Azhar Umar yang kini di tahan pihak imigresen Australia, pada hari Isnin. – Gambar The Malaysian Insider, 20 Februari, 2015.

PAS akan mengadakan satu sesi telesidang selama 15 minit bersama bekas komando polis Sirul Azhar Umar yang berada di Australia pada Isnin ini, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.


Melalui sesi tersebut, yang menghubungkan komunikasi antara peserta di tempat yang berasingan, Mahfuz berkata, Sirul akan berkomunikasi secara terus dengan media tempatan.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenainya masih belum diketahui, katanya pada satu sidang media di ibu pejabat parti PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu, dikatakan lari daripada hukuman gantung dan kini berada di Australia.
Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan rakan setugasnya, Ketua Inspektor Azilah Hadri, kerana bersalah membunuh Altantuya pada 18 Oktober, 2006 di pinggir bandar Shah Alam.
Pada masa sama, Mahfuz turut mengumumkan yang ibu kepada Sirul akan ke Australia melawat anaknya di pusat tahanan tidak lama lagi.
Katanya, persiapan seperti tiket penerbangan sudah dibeli dan hanya menunggu kelepasan visa.
"Tiket sudah siap tetapi saya tidak boleh umumkan bila tarikhnya. Buat masa sekarang kami sedang menunggu visa."
Mahfuz juga berkata, selain telesidang bersama media tempatan yang dijadualkan pagi Isnin ini, Sirul juga turut menunggu masa yang sesuai menjemput semua media Malaysia dan antarabangsa ke pusat tahanannya di Australia itu.
"Beliau akan memberikan komitmen. Hanya menunggu waktu yang sesuai. Beliau akan memaklumkan pada saya untuk diumumkan kepada media.
"Ia bertujuan supaya adil untuk semua media, dan agar beliau dapat berdepan secara terus dengan mereka," katanya.
Mahfuz juga menyatakan Sirul buat masa ini sedang mengikuti kelas Bahasa Inggeris di pusat tahanannya. – 20 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/15-minit-telesidang-dengan-media-bersama-sirul-pada-isnin#sthash.jMy2bLIU.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena