Thursday 26 February 2015

Rakaman audio 'Guling Presiden' - Mat Sabu Hanya Akan Jelaskan Kepada Hadi

Khamis, 26 Februari 2015

Guling Presiden - Mat Sabu Hanya Akan Jelaskan Kepada Hadi

Dituduh memburukkan dan cuba menjatuhkan presiden parti, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata hari ini, beliau hanya akan menjawab berhubung perkara itu kepada kepimpinan parti Islam itu sendiri.

Berkenaan tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan rakaman audio yang dikatakan tentang taklimat yang dibuatnya, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.

"Saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ia masalah dalaman parti, sekiranya diminta.

"Berkenaan kedudukan saya dalam parti, saya serahkan kepada muktamar serta kebijaksanaan perwakilan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas tindakan beberapa media yang mengeluarkan semula rakaman audio yang disiarkan laman Facebook milik pengguna yang menamakan dirinya Tuc Tok Usin Ceroi, Mat Sabu berkata: "Berkenaan tindakan saya ke atas TV3, Utusan Malaysia serta lain-lain media, saya serahkan kepada peguam (Mohamed) Hanipa Maidin."

Hanipa juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan ahli Parlimen Sepang.

Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik Mat Sabu, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.

Dalam transkrip audio rakaman suara itu, beliau dikatakan berkata bertemu dengan pimpinan PAS peringkat kawasan bagi membuat penjelasan.

"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di’deny’ (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu.

Menurut laman Facebook itu, audio yang mereka sebarkan ialah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang dilakukan.

Sebelum ini, laman itu membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS.

Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik, Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum yang diserahkan kumpulan yang berdemonstrasi itu.

Semasa Multaqa Ulama Semalaysia II 21 Februari lalu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfouz Mohamed menegur Mat Sabu kerana katanya beliau sering dilihat tidak sealiran pendapat dengan Hadi.

Beliau berkata, suka atau tidak, Mat Sabu perlu akur kepada kepimpinan ulama dan menyokong presiden parti. – tmi
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena