Tuesday 24 February 2015

Jamil Khir ditegur tak reti bab Qazaf...

Rabu, 25 Februari 2015

Menteri Agama Ditegur Tak Reti Bab Qazaf

Pendakwah: Tuduh liwat tetap kesalahan qazaf

Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kesalahan menuduh liwat juga termasuk dalam jenayah qazaf.

Katanya, Jamil Khir perlu istiqamah dan membuat kenyataan yang selari dengan mazhab Shafie, seperti beberapa hukum yang disebut oleh menteri tersebut sebelum ini.

“Dalam nas syariat, hukum qazaf liwat adalah sama dengan hukum qazaf zina, sepertimana yang telah difatwakan oleh majoriti ulama,” kata Wan Ji ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan Jamil Khir semalam yang meminta beliau meneliti dahulu peruntukan berhubung jenayah qazaf, sebelum membuat aduan seperti itu.

Jamil bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya kesalahan qazaf turut meliputi perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat.

Mengulas perkara itu, Wan Ji berkata, MP Jerai itu seharusnya istiqamah dalam isu ini kerana beliau pernah mengatakan mazhab konsensus di Malaysia adalah mazhab Shafie.

Beliau membangkitkan semula kenyataan Jamil Khir berhubung hukum orang Islam memegang anjing.

“Jadi, jangan pula dalam isu sentuh anjing yang tidak boleh merobohkan pada penjagaan dasar maqasid syariah.

“Datuk Seri Jamil Khir merujuk kepada mazhab Shafie, sedangkan dalam perkara yang melibatkan kehancuran pada maruah manusia yang merupakan salah satu dasar maqasid syariah dan boleh tersebar budaya fitnah,” katanya.

Beliau turut memetik pandangan seorang ulama fekah, Ibn Hazm al-Zahiri yang berkata, qazaf liwat tetap merupakan satu bentuk kesalahan takzir.

Wan Ji mengemukakan aduan ke atas kenyataan ketua pendakwaan dalam kes Liwat II, Tan Sri Shafee Abdullah yang didakwanya melakukan jenayah qazaf kerana membangkitkan pelakukan liwat di antara Anwar dan pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena