Monday 23 February 2015

PJ Pas Perak...Kena juga pandai menjawab! Tabayyun Man

Isnin, 23 Februari 2015

Razman Zakaria, jangan hanya pandai bertanya, kena juga pandai menjawab!

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menggesa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli memberikan penjelasan untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan menjadi dalang menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Razman berkata, tindakan perlu diambil sekiranya benar Mohamad dan Dr Hatta cuba menggulingkan presiden PAS itu.

“Perkara ini baru tuduhan, kita pun tidak tahu (kebenarannya). Sesiapa saja boleh melemparkan tuduhan.

Yang diminta ialah supaya dibuat siasatan. Kalau tidak betul, Alhamdulillah. Kalau betul, kita kena ambil tindakan. “Kalau hendak dikira tabayyun (mendalami masalah dengan teliti), ayat Al-Quran pun ada (menyebut), apabila kita menerima sesuatu berita, maka kita kena siasat," kata Razman seperti dilaporkan di muka depan akbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini. -

Baca lagi di sini Tabayyun Man, tabayyun! Jangan lupa hang dah jadi ulama lani.....

Apakah Razman tidak boleh mengambil jalan yang lebih lunak terhadap orang yang jauh lebih senior dari dirinya dalam organisasi ini berbanding dengan dirinya yang baru beberapa hari sahaja didalam PAS, tapi diangkat menjadi PJ Perak sudah buat kelaku sombong tidak menentu!

Apa yang menghalang Razman untuk berjumpa sendiri dan bertanyakan hal tersebut kepada orang yang dituduh, kalau Razman benar-benar mempunyai sifat ikhlas sebagai kawan. Lainlah kalau Razaman berniat yang disebaliknya.

Dan apakata kalau Razman tolong jawap tuduhan Penarik Beca pula. Macam yang kamu kata atas tadi, "Sesiapa saja boleh melemparkan tuduhan. Yang diminta ialah supaya dibuat siasatan. Kalau tidak betul, Alhamdulillah. Kalau betul, kita kena ambil tindakan."

Penarik Beca : Razman, oleh kerana hang la ni pemimpin parti Islam di Perak, boleh ka hang bersumpah dengan kalimah qasam waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa hang tak berbohong bila hang mendakwa hang tak pukul Hanipa dalam mesyuarat AJK Pas Pusat baru2 ni?

Dan; Boleh ka hang bersumpah dengan kalimah qasam waLlahi, wabiLlahi, WataLlahi bahawa hang tak pernah ambik duit rasuah atau apa2 duit haram walau satu sen pun sepanjang hang berkerja sebagai kastam. Dan aku cuma nak tumpang sekaki saja. Kebetulan ada seorang hamba Allah inbox aku sebentar tadi.

Aku tak mahu nak buat apa-apa spekulasi mengenainya kerana aku tidak pernah berurusan dengan pihak kastam.Mungkin ada sesiapa yg tahu atau Razman sendiri boleh beri pencerahan mengenainya ? Baik budi bahasanya pegawai kastam Razman nih! Rupanya , masih ada yang terkenangkan Razman. Bak kata pepatah :

Orang berbudi, kita berbahasa Orang memberi, kita merasa!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena