Wednesday 25 February 2015

Pro-Ulama beri imej negatif kepada PAS?..."PAS bukan agama"' kata Agus

Rabu, 25 Februari 2015

Pro-Ulama Beri Imej Negatif Kepada PAS



PAS bukan agama, kata Agus

PAS bukan agama malah ia hanya sekadar sebuah parti politik yang ada kelebihan dan kekurangannya.

Perkara itu dinyatakan penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menasihati penyokong tegar parti itu supaya tidak keterlaluan menghukum seseorang yang mengkritik parti itu.

Katanya, penyokong PAS tidak seharusnya menganggap orang yang menegur PAS itu telah terkeluar dari Islamnya.

“Nasihat saya kepada penyokong tegar PAS, jangan menganggap orang yang menegur PAS itu sebagai telah terkeluar dari Islamnya. 

Insafilah bahawa PAS itu bukan agama.

“Tetapi janganlah sampai kepada kita mencarut atas nama perjuangan Islam untuk mencari keredhaan Allah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jelasnya, sikap sesetengah penyokong tegar PAS yang suka melabel orang dan mencarut dengan hal-hal yang tidak perlu akan menjejaskan parti itu.

Katanya, PAS perlu mendakwah secara berhemah jika mahukan sokongan tanpa perlu menuduh sesiapa mengkritik parti itu adalah mempermainkan ulama dan menolak Islam.

“Cumanya saya terkilan apabila ada yang mengaitkan tulisan saya itu sebagai saya menolak Islam, mempermainkan ulama sebagai pewaris Nabi.

“Terlalu mengejar kuasa dunia sehingga lupa dosa pahala, bersekongkol dengan orang kafir, telah diupah untuk menulis cerita yang tidak benar tentang ulama PAS, dan tidak istiqamah dengan akidah perjuangan Islam,” jelasnya.

Ini susulan kenyataannya semalam yang menulis mengenai perbandingan profil parti itu dahulu dan kini.

“Dahulu meraikan perbezaan pendapat, sekarang alergik kepada pendapat berbeza. Menentang pandangan ulama adalah sifat syaitan, kata seorang pemimpin PAS,” katanya. -rakyatpost



Saya tak hormat ‘ulama’ maki hamun, kata AJK PAS Pusat

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam.

"Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," kata pengarah eksekutif pusat penyelidikan PAS itu.

Dzulkefly mengulas laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang melaporkan beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam Multaqa Ulama ke-2 di Serdang baru-baru ini, yang penuh dengan maki hamun sesama PAS.

"Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soal beliau berikutan pelbagai ancaman yang dihamburkan kepada kumpulan yang tidak sealiran pemikiran dengan mereka.

Ekoran itu, Dzulkefly dilaporkan berkata, "Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dahulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu."

Kenyataan Dzulkefly itu diputar oleh pihak tertentu seolah-olah beliau tidak menghormati semua ulama.


Satu poster dibuat dengan memetik kata-kata beliau itu dan diletakkan gambar ulama PAS yang kelihatan seolah-olah beliau hilang hormat terhadap mereka.

Dalam Multaqa Ulama anjuran Dewan Ulama PAS baru-baru ini, pelbagai istilah digunakan untuk melabel pihak-pihak yang didakwa menentang kepimpinan ulama dalam PAS, khasnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pihak paling teruk diserang ialah pimpinan PAS yang didakwa sebagai pro Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dibentuk untuk melobi agar PAS kekal dengan Pakatan Rakyat. 
-TMI


ULASAN GB

Cukup memalukan. Mereka mengaku pro-ulama. mereka membela ulama kerana katanya "ulama pewaris nabi", kerana "untuk mendapat keredhaan Ilahi". Tetapi mereka mencaci, mengutuk malah ke peringkat mencarut dan memaki ... bagus sungguh untuk mendapat keredhaan Ilahi dengan cara sedemikian rupa.. Perasan mereka bagus sangat, perasan hanya mereka masuk syurga yang lain masuk neraka.

GB tak mahu lagi komen panjang-panjang. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. GB sudah menglas sebelum ini:

GB amat yakin golongan pro-ulamak yang melampau batas ini akan tetap menerima hukuman Allah kerana SUNNATULLAH itu tidak berubah, yang melampau batas akan tetap terhukum walaupun PAS Pusat sengaja tidak mengambil tindakan ke atas mereka ini. Tunggu, insyaAllah akan sampai masanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena