Saturday 21 February 2015

Apabila puak ulama vs ulama Pas di Gombak...Apasal nak boikot Restoran Nasi Arab Al Amin Food Corner?

Ahad, 22 Februari 2015

Apabila Puak ulama vs ulama PAS di Gombak

Berikut adalah jawapan rasmi dari pemimpin PAS Pahang Dr Hamzah Jaaffar yang mendakwa diburuk-burukkan oleh Urusan Ulama cawangan PAS Gombak:

Saya telah menerima mesej mengenai anjuran supaya memboikot Restoran Nasi Arab Al Amin Food Corner milik saya ekoran pembatalan kuliah maghrib perdana YBhg. Us. Mokhtar Senik di Masjid Ar Rahimah (yg mana saya adalah Nazir Masjid) pd 15.2.15. Saya ingin melahirkan rasa dukacita terhadap kandungan whatsapp yg berupa fitnah dan lebih mendukacitakan saya ialah fitnah itu telah disahkan disebar atas nama Urusan Ulama' Pas Kawasan Gombak. Justeru itu, saya ingin menjelaskan beberapa perkara seperti berikut :

PERTAMA: Pembatalan kuliah YBhg.Ust Mokhtar Senik dibuat sepenuhnya oleh AJK Masjid Ar Rahimah dlm mesyuarat bulanan pd 10.2.15, bukan atas kuasa saya sbg Nazir.Sepanjang saya menjadi Nazir, saya tidak pernah menggunakan kuasa saya untuk membuat apa2 aktiviti masjid kecuali pada perkara yg kecil seperti menjemput Imam Al Hafiz utk menjadi imam solat.

Suka saya nyatakan bhw pembatalan kuliah tersebut dibuat setelah isu tauliah dibangkitkan disamping pihak masjid mengambil kira isi kandungan fb YBhg. Ust terbabit. Suka jg dijelaskan bhw sekitar 2 minggu yg lepas, salah seorang ajk masjid telah memohon kebenaran saya utk YBhg Ust Mokhtar membuat kuliah.Saya telah benarkan.Namun keputusan sebaliknya telah berlaku apabila kami mengadakan mesyuarat penuh AJK Masjid pd 10.2.15.

KEDUA: Saya juga tertanya2 bilakah pula saya berkonfrantasi dgn Pas Gombak.Saya sendiri bkn ahli Pas Gombak.Pun begitu, sbg Nazir Masjid saya sentiasa meraikan semua pihak termasuk Pas Gombak utk mengadakan aktiviti di masjid termasuk membenarkan pimpinan Pas Gombak serta pimpinan Pas yg lain utk berkuliah dan berkhutbah di Masjid Ar Rahimah dgn syarat mematuhi peraturan yg telah ditetapkan JAIS.Jadi apakah yg dimaksudkan dgn konfrantasi oleh Urusan Ulama' itu?
KETIGA:Saya menafikan penglibatan saya dalam PASMA.Sehingga kini saya bukan Ahli PASMA. Apakah dgn hadirnya Ahli PASMA di restoran saya maka saya dianggap Ahli PASMA?  Bagaimana pula dgn kehadiran Org Cina, India,  UMNO, PKR dll ke restoran saya menyebabkan saya menjadi Orang Cina, India,  UMNO dan PKR? 

Saya jg dikatakan terlibat dgn gerakan anti kepimpinan ulama'. Apakah kerana ucapan saya supaya PAS menukar slogan dari Kepimpinan Ulama' kepada Kepimpinan Islam tempohari (kalau tak silap dalam muktamar Tahun 2009) dianggap saya sbg anti keoimoinan ulama? .Kalau begitu, apakah PJ dan Semua Anggota Dewan Harian Pas Phg dianggap anti kepimpinan ulama' juga kerana sebelum saya berucap, ucapan saya itu disemaktapis berkali2 oleh PJ dan pimpinan Pas Phg yg terlibat dlm penyemakan ucapan saya sbg mewakili Negeri Phg.

ATAU apakah sedikit kritikan dan pandangan dlm perbualan dgn beberapa sahabat mengenai tingkah laku ulama' mutakhir ini yg dilihat lebih byk merosakkan imej islam dan parti serta institusi ulama itu sendiri yg dilihat pada percakapan, perbuatan dan sikap mereka yg tidak cocok dgn Islam maka saya dianggap anti kepimpinan ulama? Terserahlah...

KEEMPAT:Saya dikatakan terlibat dgn masalah dalaman parti.Ini adalah satu fitnah yg tidak wajar dtg dari Urusan Ulama' dan sikap dan perbuatan seperti inilah yg menyebabkan ulama' dipandang sinis dan tdk dipercayai lagi.

Untuk makluman, saya mengundur diri dari penglibatan dgn parti khususnya di Kawasan Jerantut dan Negeri Pahang adalah disebabka faktor dan  kesihatan saya tidak mengizinkan utk saya berulang alik di tambah pula saya mengambil keputusan utk menyambung pengajian saya di bidang Bisness Admin (MBA).Itu sahaja sebabnya.

KELIMA:Sepatutnya Ulama' memanggil saya atau dtg berjumpa saya terlebih dahulu utk mendapat penjelasan mengenai perkara yg saya anggap berupa fitnah seperti yg terdapat dlm tulisan Urusan Ulama Pas Gombak,  yg telah tersebar luas ke seluruh Malaysia. Terlupakah ulama' akan ayat al quran dlm Surah Al Hujurat ayat 6 yg menganjurkan spy kita menyelidik terlebih dahulu berita yg diterima. Sikap gelojoh seperti inilah yg menyebabkan keyakinan ahli dan masyarakat terhakis terhadap institusi ulama'.

KEENAM: Merujuk kpd tulisan Urusan Ulama' ini serta beberapa tindakan dan sikap yg tidak memperlihatkan ciri2 yg tidak berakhlak mutakhir ini saya merayu kpd pimpinan PAS samada di peringkat kawasan,  negeri sehinggalah PAS Pusat agar memandang serius dan penuh tanggungjawab bahawa Parti Pas skrg ini dilihat telah dipenuhi dgn suasana fitnah memfitnah,  buruk sangka, benci membenci,boikot memboikot dan seumpamanya. Bukankah suasana seperti telah mengakibatkan perpecahan hati di kalangan ahli? Bukankah perpecahan itu menyebabkan jamaah menjadi lemah lalu hilang kekuatan sepertimana ingatan dlm Surah Al Anfal Ayat 46? !

Bukankah Nabi saw pernah berpaling dan menjauhkan diri dari Abu Bakar r.a hanya disebabkan Abu Bakar menjawab makian lalu timbul perkelahian dgn org yg memakinya. Bila ditanya kenapa sewaktu lelaki itu memaki aku dan aku berdiam diri, engkau masih tetap di sisiku tetapi bila aku membalas makiannya itu,engkau berpaling daripadaku?  Lantas Nabi menjawab, sewaktu engkau berdiam diri, malaikat ada bersamamu tetapi bila engkau menjawab makian lalu timbul pertelingkahan maka malaikat pergi, lalu syaitan datang dan aku tidak boleh duduk bersama syaitan.

Kalau begitu ceritanya, apakah malaikat dan rahmat serta pertolongan Allah akan melimpahi ke atas jamaah yg dipenuhi dgn suasana fitnah memfitnah, benci membenci antara satu sama lain?  Tentu tdk bukan? 

Justeru itu saya mengharapkan agar pimpinan membuat seruan dan rayuan di dalam ceramah, nadwah, usrah dan seumpamanya agar ahli parti menghentikan api permusuhan sesama ahli parti dan merapatkan kembali saff ahli parti serta membina perasaan kasih sayang yg murni atas nama ukhuwah di kalangan ahli parti. Semuga Allah memandang dan menolong perjuangan kita semua.

KETUJUH: Saya meminta spy Urusan Ulama' Pas Gombak membuat kenyataan resmi memohon maaf di atas tulisan yg telah disebarkan. Saya sekeluarga serta warga pekerja restoran tdk dpt memaafkan kegelojohan Urusan Ulama' ini serta pimpinan Pas Gombak yg lain (jika ada yg terlibat)   sehingga mereka dtg berjumpa saya memohon maaf dan menyiarkan permohonan maaf itu secara bertulis dlm fb, blog dan whatsapp.

KELAPAN:
Kepada mereka yg telah menyebarkan whatsapp Urusan Ulama' Pas Gombak maka anda bertanggungjawab kembali utk menghantar whatsapp jawapan ini kpd individu atau group atau fb agar anda terlepas dari dosa menyebar fitnah dan berita bohong.Whatsapp jawapan ini jg perlu dihantar kepada org yg mengirim whatsapp fitnah Urusan Ulama' Pas Gombak itu kpd anda.

KESEMBILAN:Fitnah yg tersebar ini tlh menyebabkan anak isteri saya tertekan perasaan mereka termasuk 3 org anak saya yg sedang belajar tahfiz di luar negeri.Dalam keadaan tertekan ini serta terasa dizalimi saya hanya mampu meminta mereka bersabar dan berdoa dgn doa, 

أللهم انا نجعلك فى نحورهم ونعوذبك من شرورهم. أللهم رد كيدهم علي نحورهم.اللهم احصهم عدد...

Kami serahkan mereka kpd Allah.Kami berlindung dari kejahataan fitnah mereka kami mohon agar Allah kembalikan segala fitnah dan anjuran boikot itu ke atas batang tengkuk mereka.

DOA INI AKAN DITARIK BALIK SETELAH MEREKA YG TERLIBAT DGN FITNAH INI MEMOHON MAAF DAN DATANG BERJUMPA DGN SAYA.

KESEPULUH:Akhirnya marilah kita jaga jamaah Islam dan Islam itu dgn mempamirkan akhlak Islam semampu mungkin.Jangan sampai jamaah Islam dan Islam dipandang buruk dan hodoh kerana disebabkan akhlak kita yg buruk dan hodoh.

Untuk mempastikan keaslian kenyataan saya ini sila rujuk tulisan di fb : Al Amin Food Corner.

MOHON MAAF KPD SEMUA.SEKIAN TERIMA KASIH.


Artikel ini adalah luahan peribadi penulis dan tiada kena-mengena dengan suarapakatandaily

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena