Tuesday 24 February 2015

Akhirnya Anwar mengalah juga! Mohon pengampunan Diraja pada saat akhir‎...

Selasa, 24 Februari 2015
Akhirnya Anwar mengalah juga! 
Ada harapan ke? 
Tengok pada keahlian Lembaga Pengampunan tu susah sikit kecuali dengan restu PM
Anwar mohon pengampunan Diraja pada saat akhir‎ 
TMI - Published: 24 February 2015 5:07 PM
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tengah) bersama ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar permohonan untuk pengampunan Diraja hari ini ke Istana Negara. – Gambar ihsan Nurul Izzah Anwar, 24 Februari, 2015. 
Keluarga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pengampunan Diraja bagi hukuman atas kesalahan kes liwatnya, kata jurucakap PKR hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu The Malaysian Insider inisiatif permohonan tersebut dilakukan kerana Anwar berisiko kehilangan kerusi Permatang Pauh yang disandangnya. Fahmi berkata inisiatif pengampunan itu dilakukan keluarga Anwar dan bukannya PKR. The Malaysian Insider difahamkan, permohonan tersebut sudah pun dihantar ke Istana Negara sebentar tadi.

Sementara itu anak sulung kepada Anwar Nurul Izzah memberitahu The Malaysian Insider, petisyen memohon ampun itu sudah selamat dihantar ke Istana Negara. ‎"Petisyen memohon ampun atas alasan pengetepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah selamat dihantar ke Istana," kata ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib presiden PKR itu. – 24 Februari, 2015.
Dan ini pula link ke laporan themalaymailonlinePosted by mountdweller 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena