Monday 2 February 2015

Datuk Dr Asri dilantik semula mufti Perlis...

Selasa, 3 Februari 2015

Tahniah...Datuk Dr Asri dilantik semula mufti Perlis

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memulakan semula tugas rasminya sebagai Mufti Perlis hari ini selepas kali terakhir menyandang jawatan itu pada 2006.

Tokoh agama itu menggantikan Datuk Dr Juanda Jaya yang tamat kontrak perkhidmatannya akhir tahun lalu.

Asri, 44, turut memuat naik di laman Facebook gambarnya duduk di Pejabat Mufti Perlis di Kangar....

"Hari pertama memasuki pejabat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis bagi lantikan kedua. Pohon doa semua rakyat Malaysia," tulisnya.

Felo Pusat Pengajian Islam Oxford, United Kingdom itu kali pertama dilantik menjadi mufti Perlis pada 2006, iaitu mufti termuda ketika usia 35 tahun, menggantikan Datuk Mat Jahya Hussin yang berkhidmat selama 22 tahun.

Beliau kemudian digantikan oleh Juanda pada November 2008.

Asri pernah dianugerahkan tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Perlis pada tahun 2006, 2008 dan 2009.

Beliau pernah mencetuskan kontroversi apabila ditahan polis ketika berceramah di sebuah rumah di Hulu Kelang pada November 2009 kerana mengajar tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dakwaan Jais mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Beliau kemudian dibebaskan Mahkamah Syariah Gombak Timur daripada sebarang pertuduhan selepas hakim mendapati Jais gagal membuktikan kewujudan kes dalam kandungan ucapannya pada ceramah itu.

Asri juga pernah dituduh membawa ajaran Wahabi, salah satu fahaman Islam yang tidak diiktiraf undang-undang Malaysia, namun beliau menafikan perkara itu.

Namanya pernah disebut sebagai antara tokoh agama yang terlibat dengan aliran Wahabi dalam satu taklimat anti keganasan di Sepang pada Jun 2010.

Beliau disifatkan bekas Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin sebagai "sepemikiran dengan Wahabi” kerana menyamakan sambutan Maulud Nabi dengan amalan penganut Kristian.
– 2 Februari, 2015.TMI

1 comments:

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena