1-MDB : Rompakan Terdahsyat….Siri 2 (Aset Tenaga)
MAY 23, 2015
Setelah 6 tahun, kejayaan 1MDB adalah mengumpul sebanyak RM42 bilion hutang korporatnya.
Malangnya, pelbagai aset diperolehi yang sepatutnya berimpak tinggi, sama ada dalam bidang tenaga dan hartanah, gagal menjana cash-flow atau ‘revenue’ yang boleh melunaskan pelbagai hutangnya.
Kini, aset 1MDB bakal ‘difaraidkan’ untuk menyelamatkan dana pelaburan kedua negara ini.
Khazanah Nasional Berhad, dana berdaulat negara yang pertama, tentunya adalah jenis ‘creature dan DNA’ yang berbeza.
Penulisan ini fokus ke atas bagaimana 1MDB menjalankan pinjamannya dalam sektor tenaga secara lebih terperinci. Penulisan ini tidak memasukkan cerita Projek 3B yang sudah pun diserahkan kembali kepada Suruhanjaya Tenaga (EC), kerana 1MDB tidak mampu meneruskannya.
Sangat pelik bagaimana sebuah dana pelaburan 100% milik Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF Inc) terpaksa menstruktur pinjaman yang sebegitu rumit dan lebih penting, terlalu mahal kos pinjamannya. Akal yang waras pastinya penuh syak.
Penulis sengaja dedahkan secara naratif atau pengkisahan, supaya dihujung penulisan ini, pembaca diminta membuat ‘hukuman’ mereka sendiri.
Pada 2012, 1MDB membuat 2 perolehan penjana tenaga bebas (IPP) yakni Tanjung Pls (Ananda Krishnan) pada harga RM8.5 bilion dan Genting Sanyen (Lim Goh Tong) dengan harga RM2.35 bilion atau berjumlah RM10.85 bilion.
Cakap-cakap dalam pasaran sedia maklum 1MDB membayar hampir RM2.5 bilion melebihi harga sepatutnya.
Itu sudah sejarah dan bukti tidak langsung terdapat pada penyata tahunan 2013, ketika pihak auditor memberi pelupusan sebanyak RM2.5 sebagai penurunan nilai muhibbah atau ‘goodwill’ bagi mengimbangi, antara asset dan liabiliti, dalam neraca kira-kira (balance sheet).
Yang penting sekarang ialah mengapa 1MDB membuat pinjaman melebihi dari yang diperlukannya?
1MDB membuat pinjaman dari pasaran bon yang diuruskan oleh Goldman Sachs. Dua bon diterbitkan bernilai AS$1.75 bilion setiap bon atau AS$3.5 bilion bersamaan RM11.55 bilion.
Pada waktu yang sama, 1MDB membuat pinjaman secara ‘bridging loan’ atau ‘pinjaman darurat’, sebanyak RM6.2 bilion dari satu konsortium bank yang diketuai oleh Malayan Bank Bhd dan RHB Berhad.
Jelasnya 1MDB meminjam RM17.55 bilion untuk membuat perolehan yang berjumlah RM10.85 bilion. Ternyata 1MDB membuat pinjaman sebanyak RM6.9 bilion melebihi dari yang diperlukan.
Persoalannya, mengapa?
Jawapannya kerana 1MDB hanya menerima RM6 bilion dari jumlah yang dipinjam. Kenapa pulak? Sebab RM5.5 bilion adalah pelbagai bayaran ‘kos’ yang perlu dibuat 1MDB! Apakah kos-kos tersebut?
Pertama, 1MDB membayar Goldman Sachs sebanyak AS$393 juta atau RM1.3 bilion sebagai yuran dan komisen untuk menstrukturkan pinjaman ‘canggihnya’ ini.
Pertama, 1-MDB membayar Goldman Sachs sebanyak US$393million atau RM1.3 bilion sebagai yuran dan komisyen untuk menstrukturkan pinjaman ‘canggihnya’ ini. Sebanyak RM4.25 pula digunakan untuk membayar satu ‘deposit sekuriti’ kepada sebuah syarikat namanya International Petroleum Investment Company (IPIC), Abu Dhabi, yang berperanan menjadi ‘penjamin bersama’ atau ‘co-guarantor’ dalam terbitan bon oleh Goldman Sachs tadi. Sangat mahal deposit sekuriti yang dituntut oleh IPIC melebihi 37% dari jumlah bon. Kenapa dipersetuju Lembaga Pengarah 1-MDB, adalah satu hal yang membingungkan, kalau tidak mencurigakan?
Deposit itu juga berperanan sebagai ‘sekuriti’ kepada IPIC yang ditawarkan satu ‘Put Option’ dalam masa 10 tahun (mudah terjemahan, Pilihan), oleh 1-MDB untuk memilikki sebanyak, maksima, 49% saham dalam ‘entiti tenaga’ (Edra Global Energy Bhd) yang bakal disenaraikan oleh 1-MDB!
Sangat ‘lumayan’ tawaran kepada IPIC yang bertindak hanya sebagai ‘Penjamin Bersama’ atau Co-Guarantor! Mengapa begini sekali yang dipersetujui 1-MDB atau lebih tepat lagi Lembaga Pengarah 1-MDB atau BODnya?! Ini sudah semacam menjadi pinjaman’Ah Long Korporat’ atau “ international loan shark”! IPIC kemudiannya memindahkan hak ‘Option’nya kepada subsidiarinya, Aabar Investments.
Ketika perancangan untuk pensenaraian asset tenaga itu itu gagal – Edra Global Energy Bhd – ada perkara pelik berlaku. Dalam laporan kewangan tahunan penuhnya untuk Mac 31, 2014, (yang hanya dihantar pada November2014) 1-MDB mendedahkan bahawa sebanyak RM4.39 bilion (US$1.22 bilion) yang ditebus (redeemed) dari Cayman Island telah digunakan untuk melunaskan beberapa bayaran hutang, ‘working capital’ dan bayaran kepada Aabar Investment untuk ‘menamatkan’ perjanjian ‘Option’ yang diberikan kepadanya (IPIC asalnya).
0 comments:
Post a Comment