Buddhist: “Akan Kami Bunuh Semua Muslim di Myanmar!!!
Written By canang on Sabtu, 23 Mei 2015 | 5/23/2015 09:16:00 PTG
“Kami akan bunuh semua umat Islam!!!,” teriakan penganut buddha ketika berbaris di jalan-jalan setelah menghadiri upacara kematian seorang lelaki sewaktu merusuh antara buddha dan muslim.
Rusuhan itu juga telah mengorbankan seorang lelaki muslim yang diserang ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Lelaki muslim yang terkorban adalah warga tetap Myanmar dan aktivis Dialog antar-Iman.
Pertelingkahan Muslim-Buddhist ini meletus apabila Sekitar 300 penganut Buddha termasuk 30 orang sami menyerang sebuah warung teh milik warga Muslim yang dituduh memperkosa wanita buddhist.
Penganut buddha melempar tempat tinggal muslim dengan batu, merompak kedai dan rumah, merosakkan masjid dan kenderaan serta mencederakan beberapa orang muslim dengan pisau.
Pihak polis Myanmar telah mengarahkan agar membuat kawat berduri serta mengadakan sekatan jalanraya di sekitar kawasan penempatan orang muslim. Tindakan ini diharapkan dapat mengelakkan penganut buddha mendekati kawasan muslim namun tindakan itu dilihat tidak berhasil. Malah pihak polis tidak mengambil tindakan apabila ketika penganut buddha berkeliaran dengan senjata tajam di jalanan.
Apa yang berlaku adalah polis menggeledah penempatan orang muslim dan menangkap orang muslim tanpa usul periksa. Untuk pengetahuan, muslim Myanmar terdiri dari pelbagai latar belakang iaitu India, Tiongkok dan Bangladesh. Mereka telah ada di Myanmar sejak ratusan tahun dan jumlah mereka mencapai empat peratus dari 60 juta penduduk Myanmar.
Sumber: achehcyber
0 comments:
Post a Comment