Apabila NIK ABDUH "penakut" nak berdebat, maka berbagai DALIL dikeluarkan..!!!
MENGAPA BANYAK ALASAN, DEBAT, WACANA BUKAN CIPLAKAN BARAT SEBALIKNYA IA KOMUNIKASI KORPORAT HUBUNGKAN PELBAGAI LAPISAN MAHKLUK ALLAH
Pemuda Pas Gelang Patah memandang berat dakwaan mengatakan bahawa debat, wacana merupakan ciplakan barat. Sedangkan ianya telah direkod dalam Al-Quran & sejarah sebagai komunikasi korporat yang menghubungkan pelbagai lapisan makhluk-Nya yang terdiri di kalangan para Anbiyak, Malaikat dan juga Iblis. Tiada komunikasi yang paling baik dalam menyelesaikan isu perselisihan kecuali yang dicontohkan oleh Al-Quran.
Berikut disenaraikan antara pengiktirafan komunikasi korporat tersebut seperti yang telah direkod dalam Al-Quran & Sejarah:
1) Kisah perdebatan antara Nabi Musa A.S dengan Nabi Khidir A.S dalam Surah Al-Kahf ayat 65-82. Meskipun kedudukan Nabi Musa A.S lebih tinggi daripada Nabi Khidir A.S, namun Nabi Musa A.S bersedia untuk mendengar dan belajar dalam perkara yang ia tidak diketahui daripada Nabi Khidir A.S. Akhirnya Nabi Musa A.S berpuas hati dengan penjelasan Nabi Khidir A.S, meskipun pada awalnya ia menentang tindakannya.
2) Kisah dalam Surah Al-Baqarah ayat 260, Nabi Ibrahim A.S dengan Allah S.W.T yang bertanya bagaimana Allah SWT menghidupkan semula makhluk-Nya yang telah mati. Tindakan baginda seolah-olah menggambarkan ia seorang yang ragu, namun baginda menjelaskan adalah untuk menenangkan jiwanya. Setelah Nabi Ibrahim A.S melakukan apa yang telah disuruh oleh Allah S.W.T (sila rujuk ayat 260), barulah Nabi Ibrahim A.S berpuashati dengan bukti yang dikemukan oleh Allah swt.
3) Kisah Rasulullah saw meminta pandangan sahabat tentang tindakan ke atas tawanan perang Badar. Saidina Abu Bakar & Saidina Umar masing-masing telah memberikan pandangan. Saidina Umar mencadangkan agar dibunuh sahaja tawanan tersebut, manakala Saidina Abu Bakar mencadangkan supaya diminta wang tebusan. Para sahabat lain, ada yg memberi sokongan kepada cadangan Saidina Abu Bakar dan ada yg memberi sokongan kepada Saidina Umar. Akhirnya Rasulullah memilih pandangan Saidina Abu Bakar berdasarkan rasional Baginda. Pengajaran di sini ialah keterbukaan para sahabat dalam mengutarakan hujah masing-masing untuk dinilai dan dipilih. Ia merupakan suatu yang tidak asing dalam Islam, cuma adabnya perlu dijaga dan dipelihara.
KESIMPULAN DAN RUMUSAN
Semua makhluk Allah diberikan ruang untuk berhujah sehingga jelas keterangan yang diminta. Berdebat juga melibatkan hujah.
Pemuda Pas Gelang Patah menegaskan beberapa hujah diatas, yang membenarkan perdebatan dan mengemukan pandangan. Jika ruang yang begitu besar diberikan oleh Allah kepada makhluknya, Rasulullah kepada sahabat, untuk memberi pandangan, mengapa kita boleh menghalang perdebatan itu diantara kita.
Apa jua khilaf dan perbezaan pandangan, perlu dibawa ke meja debat atau wacana agar diselesaikan secara tuntas dan bijaksana.
Mohd Azam Mektar
Ketua Pemuda PAS Gelang Patah
(DPPGP).
Posted by Kedah Lanie
Posted by Kedah Lanie
0 comments:
Post a Comment