TAK SAMPAI 3 TAHUN #FGV berkemungkinan bakal dikeluarkan drpd pasaran Bursa Malaysia ??? APA DAH JADI NAJIB !!!
Berangan nak jadi PM 22 tahun, macam2 yg dibuat oleh NAJIB semakin jahanam..
Kalau FGV dikeluarkan drpd pasaran Bursa Malaysia, APA AKAN JADI KEPADA PENEROKA YG SUDAH MELABUR PADA SAHAM2 FGV !!! Sendiri mau ingat la yer..
UMNO KAN TOLONG MELAYU !!!.. Kalau tanah2 peneroka Felda tergadai silalah mengadap UMNO yer...
Sian orang Felda yg cintakan Umno..
Klu ada cina kaya beli saham FGV agak2 pasni Felda jadi milik sapa..
Masa tu salah cina ker atau salah Umno...
WOWW !!.. Najib nak jadi PM selama macam Tun Mahathir ka...
Syok sendiri ka Najib..
Cermin2lah diri tu dahulu..
22 tahun ka, atau sampai mati ka... kita tunggu PRU14 nanti. Stkt mana najib boleh pergi jauh..
Desakan letak jawatan membelakangi kehendak majoriti anggota UMNO - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis Veteran Umno Malaysia Sepetang Bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hakikat beliau adalah Presiden UMNO pertama yang dipilih melalui sistem yang lebih terbuka dan demokratik selepas pindaan perlembagaan parti, perlu dihormati kesemua anggota parti.
Justeru, katanya desakan beberapa pihak untuk beliau melepaskan jawatan tidak wajar kerana ia membelakangkan kehendak majoriti anggota parti.
"Sebagai presiden parti, saya amat berterima kasih atas sokongan anda dan saya dipilih kerana apa? Melalui apa? Melalui permilihan dalam parti, di mana perlembagaan parti telah dipinda (pada tahun 2009)," katanya ketika berucap pada Majlis Veteran UMNO Sepetang Bersama Presiden, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.
Najib berkata, sistem pemilihan pucuk pimpinan pada masa kini adalah lebih terbuka dan telus berbanding sistem terdahulu, yang mana ia menggunakan undi bonus dan kuota untuk mengekalkan jawatan tertinggi parti.
Beliau berkata sekiranya beliau mahu kekal memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun seperti Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003), beliau tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk meminda perlembagaan parti.
Najib berkata di sebalik cabaran demi cabaran yang ditempuhi UMNO, beliau akan terus berjuang demi kepentingan parti serta berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.
"Kita nak jaga parti, kita tak boleh hancurkan parti kita, (kerana) parti kitalah penyelamat kita ... orang Melayu tak ada tempat lain bergantung harap melainkan parti keramat ini.
"Jangan binasakan UMNO, sayangilah UMNO dan jagalah UMNO," katanya dan menambah setiap permasalahan boleh diperbetulkan dan diselesaikan secara muafakat.
Menurutnya, meskipun UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara.
"Hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa," katanya.
Dalam pada itu, Najib turut mengingatkan hadirin bahawa penglibatan beliau dalam politik adalah bagi meneruskan perjuangan bapanya, yang juga perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
"Kalau Allahyarham merupakan bapa pembangunan negara, bapa pembangunan luar bandar, pencetus kepada DEB (Dasar Ekonomi Baru), melahirkan MARA (Majlis Amanah Rakyat), FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), BERNAS (Padiberas Nasional Berhad)), Bank Bumiputra dan pelbagai lagi agensi dan badan lain.
"Maka saya sebagai anakandanya, berazam untuk bukan saja teruskan perjuangannya tetapi juga membawa negara kita, rakyat Malaysia, orang Melayu, ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ini azam saya," katanya.
Najib menegaskan bahawa setiap dasar yang beliau perkenal dan laksanakan tidak lari dan tergelincir daripada prinsip dan perjuangan parti.
Perdana Menteri berkata, walaupun DEB sudah tiada lagi, namun agenda pemerkasaan Melayu dan Bumiputera akan terus diangkat menjadi agenda nasional selagi beliau memegang tampuk pemerintahan.
Sebagai contoh, beliau berkata, projek Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang memperuntukkan hampir 48 peratus daripada jumlah kontrak keseluruhan kepada syarikat-syarikat milik Bumiputera.
"Siapa kata (kerajaan Barisan Nasional ketika ini) tak ada dasar nak tolong Melayu dan Bumiputera? Bukan sahaja ada malah diperkasakan lagi.
"Dulu tak ada Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera), sekarang ada Teraju bagi menyelaraskan agenda pemerkasaan Bumiputera yang mana kita bermesyuarat pada setiap bulan," katanya.
Selain itu, Najib berkata, beliau telah lama memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera, termasuklah inisiatif meningkatkan martabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) sewaktu zaman beliau menjadi Menteri Pelajaran (1995-1999) lagi.
"Siapa yang memartabatkan ITM (Institut Teknologi Mara), menjadi sebuah universiti? Bukankah saya sewaktu jadi Menteri Pelajaran dahulu? Siapa yang tetapkan sasaran 200,000 kemasukan pelajar dalam UiTM? Bukankah saya sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu?" katanya.
Menyentuh mengenai 'persepsi negatif' masyarakat tentang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Najib berkata beliau optimis ia mampu diselesaikan menggunakan formula yang bersesuaian.
"(Sekiranya) ada masalah kita betulkan, kita runding bersama secara muafakat untuk cari jalan penyelesaian. Saya yakin tak ada benda tak boleh diselesaikan kerana ada formulanya (tersendiri), termasuk 1MDB pun ada formulanya," katanya.
Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan perkara yang dilakukan oleh kerajaan demi kepentingan rakyat, sebagai contoh pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini.
"TH punya pembelian, baik jadi tak baik. Dipusingkan cerita kononnya duit depositor (pendeposit) beli ... melenting bila hanya dengar di hujung telinga dan belum tahu fakta sebenar.
"Tapi bila dah tahu, tepuk dahi, cakap TH (cadang jual semula tanah itu) patut kekalkan, sebab boleh untung RM180 juta lebih," katanya.
Selain itu, Najib turut menyatakan perhargaan terhadap veteran UMNO di bawah pimpinan Tan Sri Tajol Rosli Ghazali sebagai pengerusi, yang terus menyokong kepimpinan beliau.
Beliau berkata sokongan daripada seluruh anggota parti termasuk Veteran UMNO bukanlah bermaksud sokongan peribadi tetapi sokongan untuk memastikan parti itu kekal relevan bagi menerajui negara.
BLM.
0 comments:
Post a Comment