Tuesday, 19 May 2015

Pengodam berjaya GODAM pesawat komersial...Pengakuan Roberts itu 'mengesahkan Teori MH370 yang hilang'?

Selasa, 19 Mei 2015


NEW YORK - Seorang konsultan sekuriti siber memaklumkan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa beliau telah menggodam sistem enjin dan kawalan sebuah pesawat penerbangan komersial dalam sebuah penerbangan.

Lapor BBC, Chris Roberts ditahan oleh FBI pada April lalu sejurus mendarat dari sebuah penerbangan selepas FBI berjaya mengesan perbincangan lelaki itu di Twitter mengenai aktiviti godam tersebut.

FBI mengeluarkan waran tangkap dan akan mendakwa Roberts di atas kemungkinan melakukan jenayah siber.


Dalam beberapa temuramah, Roberts memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia berjaya menggodam sistem kapal terbang antara 15 hingga 20 kaki pada tahun 2011 hingga 2014.

Roberts juga berjaya menulis semula kod penerbangan dan memberikan arahan 'CLB' atau 'climb' untuk menaikkan ketinggian pesawat.

Roberts juga mendakwa beliau tahu mengenai kelemahan tiga jenis pesawat Boeing dan satu model pesawat Airbus. 

Chris Roberts

Semasa penangkapan Roberts, FBI turut merampas sebuah laptop, iPad dan beberapa peranti yang lain selain dari menemui kotak elektronik yang telah diubah suai di bawah tempat duduk lelaki itu dalam penerbangan United Airlines.

Pengakuan Roberts itu sekali lagi mengesahkan teori spekulasi bahawa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Mac 2014 itu mampu dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena