Sunday 31 May 2015

Hutang Negara NAIK LAGI RM768.1 bilion! & Mengapa pulak UG Bertelagah, TITM Serang DAP, PAS Selangor kata 'Tak Ada Isu Dgn DAP'

Isnin, 1 Jun 2015

TERKINI dari Bank Negara M'sia (BNM)
(Last updated: 29 May 2015)

HUTANG KERAJAAN BN NAIK LAGI !!!
WOWW !!!.. Peningkatan 191 peratus semenjak Najib jadi PM woiii !!!


Tak mengapa, KERAjaan BN buat HUTANG, RAKYAT TOLONG BAYAR #GST !!!

p/s: Tapi macai tetap kata.. "Kalau xbuat hutang mcmaner negara nak maju. Hutang negara M'sia masih lagi rendah berbanding S'pore"

SEBARKAN.. agar rakyat tahu FAKTA INI !!!


#suararakyat #TumbangkanUMNO #ABU
More & LIKE✔ at ☛| Suara Rakyat |☚

UG Bertelagah, TITM Serang DAP, PAS Selangor Kata Tak Ada Isu Dgn DAP



Isu yang dibesarkan'

KLANG - Tekanan DAP terhadap Pas menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-61 nanti cuma isu yang diperbesarkan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tidak ada isu tekanan DAP terhadap Pas sebagaimana yang digembar-gemburkan.

“Saya rasa ia cuma satu isu yang diperbesarkan sahaja. Saya kira tak ada apa isunya,” katanya selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Guru dan Penyampaian Anugerah Hari Kualiti Pendidikan 2015 Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam.

Bercakap mengenai muktamar, Ahmad Yunus berkata, ia adalah jalan penyelesaian ke atas perkara-perkara yang didebatkan.

Katanya, keputusan akan dicapai selepas penggulungan dilakukan walaupun senarionya pelbagai.

“Ia macam tradisi yang biasa berlaku. Saya rasa ahli-ahli pun dah dewasa berkaitan dengan isu yang berlaku.

“Saya harap muktamar pada kali ini akan berakhir dengan baik. Macam carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga,” katanya. -SH


DAP banyak campur tangan urusan Pas

SHAH ALAM – Terlalu banyak campur tangan pimpinan DAP dalam pentadbiran Pas membuatkan seolah-olah wujud kumpulan dalam Pas yang suka mengikut nasihat DAP.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun DAP merupakan rakan komponen dalam PR, tetapi parti itu tidak sepatutnya mencampuri urusan dalam Pas.

“Seperti sekarang, pimpinan DAP seolah-olah cuba campur tangan dalam pemilihan Pas yang akan berlangsung Jun ini. Antaranya ialah DAP sering menyebut mengenai keperluan untuk Pas menukar kepimpinan.

“Apabila ada kenyataan daripada DAP, ia seolah-olah mencerminkan wujud situasi begitu (golongan yang menyokong DAP). Sepatutnya tiada orang luar yang menentukan hala tuju Pas,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin bahawa wujud dua golongan dalam Pas, iaitu yang menyokong DAP dan golongan yang setia mempertahankan dasar Pas.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata, segala kritikan dan campur tangan DAP tidak akan menjejaskan dasar parti Islam itu.

“DAP pernah menyatakan tidak menerima kepimpinan Abdul Hadi, tetapi masih kerjasama dengan Pas. Ini sesuatu yang pelik.

“DAP tidak perlu tunggu sehingga selepas muktamar ini untuk melihat dasar dan polisi Pas. Ini kerana, bagi kita, terutamanya golongan ulama dalam Pas, sama ada sebelum atau selepas muktamar, perjuangan kita tetap sama dan tidak berubah,” katanya. 
-SH


ULASAN GB

Benci sangat dengan DAP... keluar lah Pakatan Rakyat.. apa tunggu lagi? Tapi tak mahu...

Haji Hadi sampai beri katadua kepada perwakilan, pilih dirinya atau calon yang ikut telunjuk DAP.

Dan beberapa pemimpin termasuk Tuan Ibrahim Tuan Man (calon Timbalan Presiden) menyokong kenyataan Haji Hadi seperti laporan di atas kononnya DAP cuba campurtangan dalam pemilihan PAS.

Kenyataan Haji Hadi dan Tuan Ibrahim itu sebennarnya menyusahkan kumpulan mereka di Selangor yang kini membentuk kerajaan dengan PKR dan DAP di Selangor. Itu sebab exco Selangor dari PAS, Mohd Yunus Hairi membuat kenyataan "tekanan DAP terhadap Pas itu cuma isu yang diperbesarkan."

Dan kebanyakan ADUN-ADUN PAS Selanor tahu kemenangan mereka dulu adalah kerana sokongan kaum Cina yang rata-rata penyokong DAP. Serangan terhadap DAP akan meenyebabkan kedudukan mereka tergugat terutama yang dah jadi exco-exco. Kini kerusi exco-exco PAS bergegar, masing-masing dah kecut akan tertanggal semua. Mereka boleh kehilangan jawatan jika PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Malah ramai yang akan kecundang dalam pilihanraya jika PAS terus mengambil sikap bermusuh dengan DAP. Haji hadi dan TITM tak kasihan dan tak bersimpati pun dengan mereka.

Haji Hadi lansung tak memikirkan negeri-negeri yang multi-racial. Yang dilihat hanya Terengganu, dimana kaum Cina tidak ramai. Begitu jua Tuan Ibrahim Tuan Man yang bertanding di Jengka.... dimana kaum Cina boleh dibilang dengan jari.

Terus bermusuhan dengan DAP, berakirlah riwayat PAS Selangor...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena