Friday 22 May 2015

Drama bersiri UMNO:" BARANG BAIK " di Janda Baik!

Sabtu, 23 Mei 2015

Gambar hiasan

" BARANG BAIK " DARI JANDA BAIK DALANGNYA DAH BOCOR


Drama bersiri UMNO: ‘Barang baik’ di Janda Baik


Pembongkaran klip video ucapan Timbalan Perdana Menteri ‘menghentam’ 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan secara tidak langsung Datuk Seri Najib Razak sebenarnya lebih daripada sekadar kemarahan biasa-biasa.

Berdasarkan kepada penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Zahid Hamidi, kita sepatutnya boleh menjangkakan betapa bergeloranya parti UMNO ketika ini.

Menurut laman web pro-UMNO, Zahid mengakui ‘dalang’ yang membuat rakaman ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu adalah ahli parti itu sendiri.


Tidak cukup dengan itu, ‘dalang’ itu adalah pemimpin UMNO Segambut. Bukan calang-calang orang. Jika itu tidak cukup meyakinkan, sila lihat fakta ini: Beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Sekarang, pertimbangkan pula fakta ini: Memetik kata-kata Zahid sendiri, individu itu adalah “seorang timbalan ketua bahagian yang tidak sepatutnya hadir.”

Jika itu masih belum meyakinkan – lagi – sila fahami ayat Zahid yang berikut: “Sekretariat (kursus tersebut) tidak tahu menahu.

Persoalan yang boleh ditanyakan tanpa perlu penganalisis berpangkat profesor pun ialah:
- Bagaimana sekretariat kursus boleh “tidak tahu-menahu”? Adakah rakaman itu dibuat dengan kamera rahsia? Tentulah tidak

- Adakah rasa tidak puas hati kepada Najib dan 1MDB itu terhad kepada “timbalan ketua bahagian” itu semata-mata? Tentulah tidak, kerana sorakan penonton sebagai reaksi cuapan Muhyiddin kedengaran ramai. Mungkin ratusan orang


- Dan lebih penting: Bagaimana seorang timbalan ketua bahagian “yang tidak sepatutnya hadir” boleh masuk ke majlis itu, duduk di barisan depan, membuat rakaman (dengan peranti yang bersaiz besar) dan menyebarluaskan klip berkenaan?

Kata Zahid lagi, sebelum ini kursus berkenaan tidak menyediakan slot ucapan perasmian atau penutupan. Isunya ialah: Bagaimana Muhyiddin boleh berdiri di pentas itu dan memberikan ucapan penuh bersemangat itu?

Kata Zahid, Muhyiddin hadir atas kapasiti ketua bahagian Umno.

Jawapan Zahid diakhiri dengan nasihat kepada ahli parti: “Sama2 berusaha utk meredakan keadaan.”

Reda? Ye lah tu!

Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena