Thursday 21 May 2015

MH370 sudah ditemui di IKBN Paloh Hinai? Kemana penumpangnya...

Khamis, 21 Mei 2015

Gambar Palsu Dakwa MH370 Sudah Ditemui Disebarkan Di Laman Sosial


Berlegar-legar dilaman sosial sejak pagi semalam sebuah badan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dikatakan sudah dijumpai dan mempersoalkan kemana penumpangnya.

Ada bebarapa individu telah mula menyebarkan cerita ini dan di 'share' oleh pengguna Facebook yang lain membuatkan cerita ini menjadi hangat.

Gambar tersebut diambil oleh orang ramai di atas lebuhraya Pantai Timur. Selepas diteliti ternyata itu bukan pesawat MH370 kerana berbeza dari segi saiz badan pesawat.

Kalau pesawat MH370 dijumpai kenapa kerajaan nak merahsiakan kepada kita tanpa umumkan sesuatu. Kalau kerajaan nak sembunyi sekali pun perlu ke dibawa melalui tempat awam? pasti semua orang tahu.

Selepas diselidik sumber, rupanya ini adalah badan pesawat lama yang yang dalam proses serahan kepada IKBN Paloh Hinai, Pekan bagi tujuan pembelajaran.

Jadi segala persoalan sekarang sudah terjawab. Dengan penerimaan badan pesawat ini kepada IKBN Pekan, diharapa ia akan berjaya melahirlah lebih ramai pakar anak tempatan dalam bidang ini. - Siakapkeli.my




BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena