Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi. Saham FGV Tahun 2012 RM5.30. Sekarang RM1.92 Sahaja (Susut RM3.38)!
Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi. Saham FGV Tahun 2012 RM5.30. Sekarang RM1.92 Sahaja (Susut RM3.38)! : Sudah jatuh ditimpa tangga. Sebelum penyenaraian, inilah saham yang terbaik, inilah peluang untuk keluarga besar FELDA Malaysia menumai hasil berlipat kali ganda di atas kecerdikan mereka mahu senaraikan di Bursa Malaysia. Kata merekalah.
Saham syarikat GLC daripada dahulu lagi acapkali tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Beberapa sempat membuat semakan dan perbandingan seperti di bawah ini :
- Ini perbandingan Sime, KLK dan Genting Plantation
- Pada tahun 1998 Sime RM3.50, KLK pun RM3.50, Genting Plantation RM0.80
- Sekarang Sime RM8.50 tetapi KLK RM21.00, Genting Plantation RM9.90
- Itu belum dikira lagi dividen yang lebih daripada KLK & Genting Plantation
- belum kira lagi Sime sudah gabungkan Gutherie & Golden Hope!
- Ini pula perbandingan TM dengan Digi
- Sekarang TM RM7.30, Digi RM5.7 x 10 split = RM57
- Belum ditambah dengan dividen yang lebih daripada Digi
- Nah ini pula saham FGV pada tahun 2012, harga saham FGV RM5.30, hari ini RM1.92 sahaja! Susut RM3.30!
- Felda — > Neverending susut!
Selepas penyenaraian saham FGV sudah kelihatan hilang arah dan sudah mula nampak trend penurunan saham FGV ini. Ditambah pula sekarang ini ikut trend DOW JONES.
- Dow Jones hari ini jatuh 195 sejumlah 200 points
- Hang Seng jatuh 190 point.
- STI (Straits Times-Singapore) jatuh 43 points.
- Indeks BSKL juga jatuh hampir 13 points.
- Saham perkhidmatan seperti TM, AXIATA, MAXIS & DIGI yang bertahan, sejak 2 minggu ni, semuanya jatuh meluruh….
Saham FGV Terkini Merudum. Rugi dan Jatuh Lagi
Saham FGV? Jikalau dahulu sudah menunjukkan trend menurun sekarang ini saham FGV terus diperhatikan terus menjunam ke bawah….
- Kalau banding CIMB dgn Public Bank, return Public Bank pun lebih tinggi tinggi daripada CIMB
- Kalau banding UEMland dengan Sunway, return Sunway pun lebih tinggi daripada UEM
- Kalau banding Perwaja dengan CscSteel, return CscSteel pun lebih tinggi daripada Perwaja
- Kalau banding TNB dengan YTL Power, return YTL Power pun lebih tinggi daripada TNB
- Kalau banding MAS dengan SIA, return SIA pun lebih tinggi daripada MAS
- Dahulu MAS dengan SIA adalah syarikat yang sama pada tahun 1963, pengerusi oleh Robert Kuok.
- Sekarang di mana MAS di mana kedudukan SIA?
Sekarang ini, mahu berikan harapan tinggi kepada 1MDB jadi listed company pula? Nasihat Berita Semasa saham syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan, mohon dijauhkan.
P/S : Apalah nasib peneroka felda yang buat loan untuk beli saham fgv ini apabila mana harga saham FGV semakin hanya-nyawa ikan iaitu hampir tinggal 1/3 sahaja dari harga IPO saham FGV ketika disenaraikan dahulu?
PP/S : Jikalau anda semak satu persatu gambar di bawah ini menunjukkan FGV sudah banyak belajar dari MAS, berjaya menjana pendapatan dengan gadai aser dan perniagaan. Untung RM40 juta (hasil jual aset/businesses) manakala rugi RM37 juta. Ini yang dilaung-laung FGV sebagai masih menjana keuntungan. Hebattt….Ermmmmm.
PPP/S : Saham FGV ini, saham produk, produknya aset, aset dan aset Felda, tetapi kita pergi jual? Ermmmm….
0 comments:
Post a Comment