Saturday, 23 May 2015

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11)

Ahad, 24 Mei 2015

" PAS benarkan kerajaan betulkan kelemahan "

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan perdana menteri di parlimen semalam.

Kata Abdul Hadi, ada perkara positif dalam rancangan kerajaan itu walaupun pada masa sama, ada yang negatif.

Harakahdaily melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata, antara perkara positif pada pandangan Ahli Parlimen Marang itu ialah "kemudahan yang sudah ada."

"Ada yang negatif ada yang positif, kemudahan-kemudahan yang sudah ada tapi masih ada yang ketinggalan di Pantai Timur," katanya kepada media selepas solat Jumaat di Rusila hari ini.

Mengenai aspek negatif, Abdul Hadi dilaporkan merujuk kepada kewujudan ramai rakyat yang masih terpinggir daripada kemudahan infrastruktur dan tidak sempurna walaupun mencapai kemerdekaan sejak lebih 50 tahun lalu.

Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi juga menyatakan pendirian PAS untuk "memberi peluang kepada kerajaan untuk membetulkan semua kelemahan itu."

"Kita beri peluang dia (kerajaan) betulkan itu semua. Insya-Allah saya akan berucap (di parlimen) Isnin atau Selasa," katanya

Note :

Haji Hadi baru balik dr Singapura tak kan dia tak boleh bandingkan kemudahan Singapura dgn Malaysia jauh bagai langit dgn bumi..?


Teuku Zacharyah Iskandardar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

Syssss

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena