Situasi Dalam PAS ...
Oleh Mohd Sayuti Omar
Kini para perwakilan muktamar Pas telah dituba dengan dua keadaan berbeza di antara satu sama lain. Satu pihak memberi amaran sekiranya AA (Ahamad Awang) menang jawatan presiden Pas, dia akan menjadi boneka DAP. Saya tidak arif dari sudut mana AA akan jadi boneka DAP. Apakah serapuh itu iman AA untuk menukar akidah perjuangan Pas kepada sosialis? AA bukan semalam atau setahun lepas menyertai Pas dan beliau beliau pernah berada dalam kepimpinan tertinggi parti.
Jadi hujah ini tidak masak dan tak boleh dibawa ke dalam akal. Hujan daripada orang yang "lembu" politik, dan lebih gemar membuat fitnah. Orang suka membuat fitnah akan berkata demikian kerana dia kekeringan hujah-hujah yang praktikal.
Manakala satu lagi keadaan, ada pihak mengatakan kalau AHA (Hadi Awang) terus jadi presiden Pas, maka hubungan Pas dengan Pakatan akan runtuh dan hancur. Pas akan dibawa bergabung dengan Umno atas kepentingan bangsa dan agama.
Sama juga dengan alasan yang diberikan kepada AA tadi, saya secara peribadi tidak boleh menerima sepenuhnya hujah itu, khasnya Pas akan bekerjasama dengan Umno.
Saya tidak nampak Umno sedia untuk berkahwin kontrak dengan Pas. Saya tidak fikir AHA sedia mengkhianati harapan ahli Pas. Dan yang penting untuk mengkhianati amanah dan pesaka Nik Aziz. Dan kalau pun tergila-gila nak bersama Umno, pasti parti itu akan tolak, kerana Umno ibarat suami yang sudah cukup kuota dalam perkahwinannya. Mungkin kalau setakat nak jadikan gudik Umno, boleh. Masakan Pas sedia jadi gundik?
Kenapa saya berkata begitu, kerana MCA, Gerakan, MIC dan parti2 sekular lain dalam komponen BN akan tolak kalau Pas ingin dikahwinlkan dengan Umno. Hari ini pun Gerakan sudah melaung kepada tindakan AHA hendak bawa RUU ke parlimen. Ertinya kalau Pas tergila-gila juga kepada Umno ibarat kata dia akan kecewa dan frust menungginglah.
Sebaliknya saya lebih percaya Pas berada dalam keadaan "rokrak" lemah dan tidak mantap kalau AHA terus jadi presiden. Hakikat ini dapat dilihat kepada keadaan yang ada hari ini. Kenapa beliau dicabar, dan Pas kini berpuak-puak macam kumpulan budak hitam dan serigala cari makan malam, ianya tidak lain dan tidak bukan kerana kurangnya integriti AHA sebagai presiden. Beliau telah gagal meletakkan Pas menjadi sebuah parti mantap, punyai ukhwah Islamiah yang utuh sebaliknya mudah diperkotak katikkan oleh musuh Pas, baik daripada Umno dan juga DAP. Wassalam.

0 comments:
Post a Comment