Apa jadi bila Najib cabut lari?
1MDB akan tutup kedai, bungkus tikar bantal. Semua aset-aset dalam 1MDB akan dijual, dan 1MDB akan jadi lagi satu hari ini dalam sejarah.
Gurkah-gurkah politik di'port' tak nampak sesiapun yang akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan dalam hal 1MDB ini. Macam dalam kes PKFZ tu dan lain-lain skandal lagi. 1MDB juga akan jadi macam ni.
Apa akan jadi pada kes Altantunya Sharibu?
Gurkah-gurkah politik di'port' melihat dan tidak nampak yang Peguam Negara akan membuka semula
fail/perbicaran ini.
Walaupun kes ini dah selesai dan kedua orang yang dituduh itu sudah dijatuhi hukuman, namun kes ini mesti dibuka semula sebab kita semua nak tahu dan bukan sahaja Tun Mahathir yang nak tahu siapa upah Sirul dan Azhar, tetapi 2 soalan itu gurkah-gurkah politik di'port' dah tanya lama sebelum Mahathir tanya, jadi gurkah-gurkah ini pun mahu tahu jawapan. Manakala rakyat Malaysia yang lain pun nak tahu apa motif Altantunya di bom begitu rupa?
Apa akan terjadi pada parti Pakatan Rakyat?
Parti Pakatan Rakyat akan berurusan pula dengan Perdana Menteri yang baru. Sama ada Pakatan Rakyat mampu mencuri peluang dengan situasi ini (perang dalaman umno akan terus berlaku) ianya bergantung kepada PAS dan strategi masa depan mereka.
Gurkah-gurkah politik di'port' pula menunggu jawapan dan akan diketahui selepas pemilihan pada Muktamar PAS bulan 6 nanti.
dollah yankee -
Pun macam Tukar Tiub. Menunggu 30 Jun 2015..
0 comments:
Post a Comment