Tuesday 26 May 2015

'Video Terapi' & Kenapa lubang tali kasut ada lebihan? 'Sijil Halal Secret Recipe' ditarik balik?...Alamak banyak dah telan!

Selasa, 26 Mei 2015
Secret Recipe was found to have breached Jakim guidelines on halal certification procedure on cleanliness and good manufacturing practices. – Facebook pic, May 26, 2015.

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik kembali sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan.


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menarik balik sijil pengesahan halal syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP) yang serius.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui Facebook rasmi mereka, penarikan sijil yang berkuatkuasa pada 7 Mei lalu itu walau bagaimanapun bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.

“Penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia," kata Jakim melalui akaun Facebook rasmi mereka.


Difahamkan, Jakim sudah memanggil syarikat itu dan mereka berjanji akan melakukan tindakan segera terhadap kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan sijil halal ditarik balik.

Bagaimanapun, Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan terhadap Malaysia Standard 1500: 2009 dan Manual Proseder Pensijilan Halal Malaysia 2014.

"Jakim memandang serius terhadap perkara ini dan mengingatkan setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian dari semasa ke semasa.

"Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran pematuhan piawaian pensijilan halal," kata Hakimah.

Sementara itu, pengamal media sosial melahirkan pandangan mereka sejurus selepas kenyataan ini dikeluarkan Jakim.

Nampaknya, isu ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya pengguna beragama Islam.  
BLM.




Filem Pendek Ini Dinobatkan Sebagai "Filem Paling Menenangkan Di Dunia"

Anda habiskan seharian anda penuh dengan tekanan di tempat kerja? mari sama-sama kita ambil masa 7 minit untuk menonton "filem Paling Menenangkan Di Dunia" ini.


Filem ini dihasilkan dari permandangan yang indah di Pantai Barat Zealand (Sjællands Vestkyst ) yang terletak di Denmark.


berdasarkan satu siri temu bual dan cadangan daripada pakar-pakar dalam bidang psikology mengenai terapi muzik dan Kesedaran, mereka telah memilih filem yang oleh organisasi pelancongan Lawatan Denmark sebagai filem terapi paling menenangkan di dunia.

Kasut Sukan Mempunyai Lubang Tali Kasut Lebihan, Ini Fungsinya...

Kasut adalah satu alat yang penting ketika bersukan. Pemilihan kasut berdasarkan kepada kesesuaian pemain serta tahap kekuatan mengikat tali kasut juga sangat penting bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pemain sukan ketika beraksi.

Akan tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya kenapa kasut sukan anda mempunyai lubang tali kasut lebihan pada bahagian paling atas? Siakapkeli rasa anda tidak tahu.

Sebuah video di laman Youtube menunjukkan kepada penonton apakah kegunaan lubang tali kasut yang berlebihan itu.

Ia bukan semata-mata untuk memastikan kasut itu melekat di kaki, malah ia juga mampu mengelakkan kaki anda dari tercedera.

Jom saksikan video di bawah cara-cara menggunakan lubang kasut yang dikatakan itu. —Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena