Wednesday, 20 May 2015

'Lagu Dangdut'...Menyebabkan pemandu bas Famira Travel & Tours tinggalkan budak Tahfiz tepi jalan...

Rabu, 20 Mei 2015

[BERGAMBAR] KIsah Sebenar Pemandu Bas Tinggalkan Budak Tahfiz Tepi Jalan



Tindakan seorang pemandu bas meninggalkan anak-anak tahfiz di tepi jalan hanya kerana sebab yang tidak masuk akal, mengundang kemarahan orang ramai.

Difahamkan, serombongan anak-anak tahfiz dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka menggunakan khidmat bas Famira Travel & Tours.

Pemandu bas yang seakan-akan tidak sensitif membiarkan radionya mendendangkan lagu dangdut sehingga menimbulkan rasa kurang senang anak-anak tahfiz berkenaan.

Salah seorang dari mereka meminta agar pemandu berkenaan menghentikan lagu itu.

Berang dengan permintaan anak-anak tahfiz itu, pemandu terbabit menghentikan bas dan mengarahkan anak-anak tahfiz tadi keluar dari bas berkenaan.

“Sedih bila orang Islam sendiri buat anak-anak yatim dan fakir macam ni. Kau jangan lupa, doa anak-anak yatim yang dianiaya ini mudah makbul,” kata Durratun Nurin yang meminta agar semua pihak menyebarkan insiden terbabit.

“Dah call banyak kali tapi tak angkat. Sewa bas bukan murah. Ikutkan hati nak je doa biar driver tu eksiden mati masuk gaung,” katanya yang cukup geram dengan tindakan pemandu bas yang tidak bertanggungjawab itu.

Menurut Durratun lagi, mereka telah mendapat bas ganti. Beliau juga turut melaporkan perkara itu kepada SPAD dan menteri pelancongan.

“Tunggu dan lihat macam mana. Saya post di Facebook supaya jadi pengajaran kepada orang di luar sana. Janganlah mentang-mentang yang dibawa, yang dilayan itu anak yatim, anak fakir, maka kamu melayan dia macam sampah, macam pengemis.

“Mereka pun manusia. Sikap double standard inilah kena kikis,” katanya. -wowberita


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena