Friday, 22 May 2015

[Video] PERKASA ‘bersatu’ dengan PAS demi Morsi...Najib pulak 'ternoktah' sebelum Ramadan?

Jumaat, 22 Mei 2015

Published on May 22, 2015
Meskipun sering-kali tidak sependapat dalam pelbagai isu, namun PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini ‘bersatu’ menentang hukuman bunuh terhadap bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi.

Najib 'ternoktah' sebelum Ramadan? 

Mungkinkah gerak langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk 'menokhtahkan' Datuk Seri Najib Razak akan bermula sebelum Ramadan tiba? 

Pada pandangan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, langkah itu perlu diambil sebelum kedatangan bulan puasa yang memang penting dalam kalendar Islam. Kata Liew (gambar), Ramadan dijangka bermula pada 18 Jun sebelum diikuti pula kedatangan Aidilfitri.

 "Biasanya tiada sesiapa mahu 'menumpahkan darah' sepanjang Ramadan. "Justeru, jika anda mahu menamatkan kerjaya Najib, anda perlu lakukannya sebelum Ramadan," katanya kepadaMalaysiakini. 

Jika Najib terselamat daripada 'dikorbankan', kata Liew, perdana menteri mungkin sempat memanjangkan tempoh kerjaya politiknya untuk beberapa bulan lagi. 

"Saya rasa mereka (penentang Najib) tidak mampu menunggu lebih lama, jadi mereka memulakan langkah (sebelum Ramadan). "Kini kita perlu menunggu bagaimana reaksi Najib," katanya. 

Semalam satu klip video memuatkan ucapan Muhyiddin tersebar luas di media sosial. Dalam klip itu Muhyiddin mendesak supaya semua Lembaga Pengarah 1MDB - yang kini dilanda masalah hutang menimbun - dipecat, selain disiasat polis kerana salah urus kewangannya. 

Muhyiddin juga mendakwa, beliau sudah menasihati Najib tetapi tiada perubahan berlaku. Namun Muhyiddin menegaskan beliau tidak bercadang untuk menyingkirkan perdana menteri. 

Ia mungkin desakan paling keras terbuka pernah dibuat Muhyiddin terhadap Najib setakat ini. Bagaimanapun, majlis itu dipercayai diadakan secara tertutup sebelum rakaman berkenaan dibocorkan di media sosial. 

Sementara itu felo Penang Institute, Wong Chin Huat (kiri), berkata jika Muhyiddin sudah mula menyerang orang Najib, itu membayangkan kemungkinan bekas Menteri Besar Johor itu memiliki penyokong mencukupi untuk membolehkan dia 'membakar jambatan' yang menghubungkannya dengan perdana menteri. -malaysiakini-

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena