Tuesday 26 May 2015

"Guan Eng tak tahu hati saya, saya pun tak tahu hati dia", kata Hadi

Selasa, 26 Mei 2015

Guan Eng Tak Tahu Hati Saya, kata Hadi Awang


KUALA LUMPUR: Setelah berdiam diri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya membuka mulut membalas serangan DAP, ekoran tuduhan hatinya kini pada Umno-Barisan Nasional (BN)

"Dia tak tahu hati saya, saya pun tak tahu hati dia. Mana kita tahu hati orang," katanya hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam mendakwa 'bahasa tubuh' Hadi tidak lagi bersama Pakatan Rakyat (PR) kerana enggan menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kenyataan balas Hadi itu sekaligus enggan menyokong ramalan Lim Kit Siang semalam, sebaliknya mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

"Mungkin (bubar) itu saya tidak tahu, saya sendiri tak tahu masa akan datang. Saya pun tak tahu sama ada saya hidup lagi atau tidak esok. Tunggu bila tiba masanya.

"Saya tak boleh ulas perkara yang akan datang. Itu sudah melangkau kuasa Tuhan. Kita tak tahu," katanya memetik Antarapos, hari ini.

Presiden PAS itu dalam masa sama bertegas bahawa PAS tidak akan keluar dari Pakatan, meskipun perbalahan antara PAS-DAP kian memuncak.

Semalam Penasihat DAP, Lim Kit Siang melalui ulasannya di sebuah blog pro-pembangkang meramalkan jangka hayat PR akan berakhir dalam tempoh dua minggu akan datang, rentetan beberapa isu yang menjadi barah antara PAS-DAP.

DAP sebelum ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan Hadi lantaran sikap penting diri pemimpin itu yang kerapkali membelakangkan keputusan bersama PR. Malah Hadi juga pada baru-baru ini menyatakan bahawa PAS juga bersedia memutuskan hubungan dengan DAP ekoran tindak-tanduk pemimpin DAP membentuk kabinet bayangan sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR. -Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena