Sunday 31 May 2015

Dulu orang Umno yang fitnah, tetapi sekarang orang PAS pula...PAS ganti UMNO?

Isnin, 1 Jun 2015



Dulu orang Umno yang fitnah, tetapi sekarang orang PAS pula


Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang kesal apabila budaya fitnah-memfitnah kini dilakukan pihak tertentu dalam parti itu khususnya menjelang pemilihan parti yang semakin hampir ke kemuncaknya

Bekas naib presiden PAS itu mendakwa terdapat pihak yang melakukan "pembunuhan watak" dengan melakukan serangan peribadi kerana tidak mempunyai "modal" untuk mengecamnya berikutan keputusannya bertanding jawatan tertinggi parti. 

"Mereka dah tak tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam, saya juga dah ceritakan kenapa lima tahun dulu saya tidak aktif, saya juga ulama.

"Jadi sekarang ini apa yang dilakukan ialah pembunuhan watak.

 "Dulu orang Umno yang fitnah, tapi sekarang ini orang PAS pula," katanya dalam forum Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

 Kira-kira lima hari lagi sebelum muktamar, Ahmad kini diserang oleh kumpulan pendukung status quo dalam PAS sebagai mengetuai "kumpulan yang lunak dengan DAP" .

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberi kebebasan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya. Baca lagi di malaysiakini


Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena