AGENDA licik UG didedahkan satu persatu
Anak kepada bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor berkata, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak memadai untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.
Faiz Fadzil yang juga merupakan seorang peguam syarie berkata, enakmen berkenaan seharusnya disokong dengan undang-undang sokongan seperti prosedur jenayah, prosedur keterangan dan takzir.
“Enakmen itu tak lengkap dan ia mesti dilengkapkan dengan beberapa enakmen lain. Kalau Akta 355 diluluskan sekarang, hudud tak akan dilaksanakan.
“Kalau 10 tahun lagi nak buat kenapa bising sekarang? Ini seolah-olah hudud ini digunakan untuk kepentingan politik atau melaga-lagakan pemimpin dalam PAS dan menakutkan rakyat.
“Ini isu yang diguna Umno. Umno dah nampak ini isu yang PAS akan cenderung untuk bersetuju dengan Umno,” katanya dalam forum "Masa depan PAS Pasca Muktamar" yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi.
Bagaimanapun, veteran PAS Subky Latif berkata kerajaan negeri Kelantan seharusnya meletakkan asas kepada undang-undang hudud dan ia akan diteruskan oleh generasi yang akan datang.
Katanya, dengan ada asas yang dipelopori kerajaan negeri maka akan lebih mudah hudud untuk dilaksanakan di peringkat seterusnya.
“Macam mana bentuk hudud nak dibuat, itu bukan kerja kita, kita adakan undang-undang hudud itu dulu, apabila ia ada, akan adalah orang yang akan mengisinya.
“Tak perlu kita kasi potong tangan, potong apa tak perlu. Buat itu dulu, Insya Allah, kalau tak boleh tahun ini, tahun depan, 10, 20 atau 100 tahun lagi akan adalah orang yang tahu mengisi ini,” katanya.
Beliau veteran yang dapat melihat corak kepimpinan tiga presiden PAS melabelkan Fadzil dan Yusof Rawa sangat mesra dalam berdepan dengan pelbagai isu yang melanda parti.
Bagaimanapun, katanya, kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menonjolkan kelainan daripada dua tokoh pemimpin itu.
“Antara pemimpin saya yang jarang gelak, Ustaz Hadi. Dia bukan jenis orang yang duduk kedai kopi.
“Yusof Rawa, Ustaz Fadzil boleh sama-sama duduk kedai kopi. Balik kempen tengah malam duduk kedai kopi. Ustaz Hadi lepas ceramah, balik, saya ingat baca kitab,” katanya berseloroh dan disambut gelak tawa hadirin.
Sementara Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, PAS perlu terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas Putrajaya kerana dari situlah tercetusnya reda Allah dalam menegakkan hukum dan membangunkan masyarakat Islam.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, pandangan sesetengah pemimpin parti Islam itu untuk tidak mahu lagi bersama PR sudah terpesong kerana cita-cita PAS hanya dapat dijayakan bersama gabungan itu.
“Hari ini siapa yang pandai-pandai melihat hanya dengan PAS sahaja kita boleh menang? Lepas itu kata tak payah menang pun tak apa, janji prinsip kita menang.
“Nyawa kita untuk menegakkan (Islam) dalam negara ini. Macam mana kalau kita tak menang untuk tegakkan (Islam) dalam negara ini?
“Kenapa kemenangan kita selalu kaitkan dengan negatif? Melainkan ia agenda musuh,” katanya.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semasa berucap di Multaqa Ulama Semalaysia II pada bulan Februari berkata kemenangan dalam pilihan raya dan seterusnya menawan Putrajaya bukan agenda utama PAS, kerana parti Islam itu lebih mementingkan keredaan Allah.
Katanya, berbeza dengan parti politik lain, walaupun PAS pada dasarnya menyertai pilihan raya untuk membentuk kerajaan, ia menekankan yang segala tindakan perlu dirujuk pada kehendak agama.
"PAS tidak seperti parti politik lain seperti PKR, DAP dan Umno. PAS merupakan gerakan Islam yang mempunyai matlamat lebih tinggi dan lebih mulia, iaitu keredaan Allah.
"Itu perbezaan jelas PAS antara parti politik lain. Kita mahu menang tapi biarlah kemenangan itu diredai Allah," katanya.
Mujahid berkata Al-Quran sendiri tidak pernah menjelaskan sesuatu kemenangan itu yang tidak mendapat keredaan Allah.
Katanya, konsep keredaan Allah itu itu adalah agenda tajaan Umno bagi melemahkan perjuangan PAS dalam PR yang selama ini sudah menafikan suara dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen.
“Mana ada dalam Al-Quran kata menang tak dapat reda Allah. Mana ada? Kalau tak menang pun, buat perangai macam ini, lagi tak dapat reda Allah.
“Ini sebenarnya agenda melemahkan fasa kebangkitan PAS untuk pergi kepada cita-citanya untuk nak menegakkan hukum dan masyarakat Islam menuju keredaan Allah,” katanya. – 22 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-diguna-untuk-kepentingan-politik-kata-anak-bekas-presiden-pas#sthash.bxW7EBQa.dpuf

0 comments:
Post a Comment