Monday, 13 May 2019

Indahnya Malaysia! Rumah penganut Kristian diguna untuk terawih semasa Ramadan! Pas KOYAK Rasuah RM90 juta, Kartel Dedak PAS? Rafizi nak hadiahkan duit saman NFC untuk biasiswa pelajar [Video Mana itu Malaysia? Orang asing cuba teka Malaysia ada dekat mana & Navy Mat Saleh nyanyi Assalamualaikum Ustazah]

Isnin, 13 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, dalaman
Rumah penganut Kristian diguna untuk terawih semasa Ramadan. Inilah keistimewaan & keindahan Malaysia.
Tony Hamid Malaysia amat indah ,
Kerajaan pon dah berpindah ,
Yang kecewa aje demam tak sudah2 ,

Tak habis2 nak meludah..
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, jambang dan teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks

Rafizi nak hadiahkan duit saman NFC untuk biasiswa pelajar

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata akan menghadiahkan wang bayaran kes saman fitnah yang telah dibayarnya pada 2017 kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan pengerusinya berjumlah RM300,000 sebagai biasiswa pelajar.
"Semua bayaran selain kos guaman yang diarahkan oleh mahkamah akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk hadiah pendidikan kepada pelajar cemerlang universiti dari berpendapatan rendah (sebanyak RM5,000 seorang) dan pelajar cemerlang Tingkatan 5 dari berpendapatan rendah (sebanyak RM500 seorang).
"Pemenang hadiah pendidikan akan dipilih dari kalangan seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa yang cemerlang dalam bidang masing-masing walaupun datang dari keluarga berpendapatan rendah," kata pada suatu kenyataan hari ini.
Hal ini susulan Mahkamah Rayuan pagi tadi yang membenarkan permohonan Rafizi berhubung perintah yang dikeluarkan mahkamah tinggi terdahulu supaya beliau membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada NFC dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail dan kos RM50,000 setiap satu kepada kedua-duanya.
"Saya baru dimaklumkan oleh peguam mengenai keputusan Mahkamah Rayuan pagi tadi yang membenarkan rayuan saya dalam kes saman berhubung NFC.
"Saya juga sedia maklum bahawa Yang Arif Hakim-Hakim telah mengarahkan Salleh Ismail sebagai plaintif memulangkan kembali sejumlah RM300,000 yang telah saya bayar kepada beliau sebelum ini, di samping membayar RM110,000 lagi sebagai kos guaman.
"Saya pasti plaintif (NFC, Salleh) akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam masa yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan dan jumlah yang diarahkan tidak perlu dibayar sehingga selepas selesai kes di Mahkamah Persekutuan.
"Jika ada pembayaran, jumlah tersebut akan disimpan oleh peguam di dalam akaun amanah sehingga kes ini selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan," katanya lagi.
Hasil sumbangan biaya ramai
Menurut Rafizi, sekiranya NFC membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dan keputusan mahkamah hari ini masih kekal maka jumlah wang saman yang telah dibayar itu akan dipulangkan kembali kepada sumbernya, orang ramai.
"Sekiranya saya kekal menang di peringkat Mahkamah Persekutuan, saya tidak akan mengambil satu sen pun dari apa jua jumlah yang dianugerahkan oleh mahkamah akibat kes NFC ini.
"Jumlah RM300,000 yang dibayar kepada Salleh Ismail adalah hasil sumbangan biaya orang ramai (“crowdfunding”) dalam bulan Julai 2017," katanya.
Rafizi sebelum ini membuat rayuan berhubung perintah membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada NFC dan Salleh dan kos RM50,000 setiap satu kepada kedua-duanya.
Ini berikutan pendedahan Rafizi mengenai syarikat berkenaan dan Salleh.
NFC dan Salleh juga menyaman Malaysiakini bersama-sama Rafizi tetapi menggugurkan kesnya terhadap portal berita.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena