Monday 13 May 2019

Skandal 'Land Swap' Kenapa Hisham sepupu Najib melenting? Salah guna kuasa: SPRM reman bekas Penolong Eksekutif Felcra [Video TH catat keuntungan bersih RM440 juta suku pertama 2019]

Isnin, 13 Mei 2019
KiniTV
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mencatatkan prestasi yang mampan dengan mencatat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019, hasil daripada kejayaan proses penstrukturan dan pemulihan yang dilaksanakan pada akhir Disember 2018. Bagi suku tersebut, TH berjaya memperoleh pendapatan berjumlah RM623 juta. Dalam kenyataan hari ini, TH berkata kedudukan kewangannya semakin kukuh dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM1.2 bilion, disokong oleh peningkatan prestasi portfolio pelaburan serta kualiti keseluruhan aset yang sihat setelah rosot nilai dibuat pada tahun 2018. Menurut TH, pendapatannya djangka terus meningkat mulai suku kedua dengan penerbitan Sukuk oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang akan memberi pulangan hampir RM800 juta setahun dan pelaksanaan proses pelarasan pelaburan baharu. Dalam tempoh tiga bulan suku pertama, lebih daripada 91,000 akaun simpanan baru telah dibuka, seterusnya meningkatkan jumlah keseluruhan pendeposit TH kepada 9.3 juta, jelasnya. TH merekodkan simpanan baharu sebanyak RM4.3 bilion manakala pengeluaran sebanyak RM4.6 bilion
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Semenjak UMNO/BN tumbang PRU14, maka terdedahlah satu lagi skandal yg melibatkan Kementerian Pertahanan.
Antara nama2 yg disebut dlm hasil siasatan laporan akhir siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang ialah sepupu Najib, Hishammuddin Hussein.
Jika Hishammuddin tak bersalah atau terlibat dgn skandal tersebut, kenapa mudah melenting?
Hishammuddin dapat manfaat atau tak, biarlah SPRM jalankan siasatan.
Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah!

Salah guna kuasa: SPRM reman bekas Penolong Eksekutif Felcra
IPOH - Bekas Penolong Eksekutif di Felcra Urus Estet Changkat Jong, Teluk Intan ditahan reman empat hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan pemilikan 13 lot tanah milik Felcra Berhad antara 2007 hingga 2018.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Ipoh oleh Penolong Pendaftar, Azuratul Akmar Abdul Ghafar yang memerintahkan suspek direman bermula hari ini hingga Isnin.

Lelaki berusia 56 tahun itu dipercayai menggunakan kedudukannya sewaktu bertugas untuk mendapatkan pemilikan 13 lot tanah dengan cara menamakan kroni-kroninya kepada Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah (JKPTD) Hilir Perak.

Sumber memaklumkan, nama-nama itu dinamakan sebagai peserta di satu kawasan Rancangan Pertanian Berkelompok di bawah Projek Tanah Milik Felcra Berhad sebelum dipindah milik kepada diri sendiri dan saudaranya selepas lima tahun.

"Sebagai peserta projek tersebut, suspek bersama saudaranya menerima bayaran dividen daripada Felcra Berhad dengan jumlah terkumpul lebih RM1 juta bermula 2008 hingga sekarang.

"Antara 2012 hingga kini, lelaki itu juga giat meminta wang suapan berjumlah RM40,000 bagi setiap ekar tanah daripada beberapa penduduk setempat dan kenalannya sebagai balasan memasukkan nama-nama dalam JKPTD Hilir Perak untuk mendapatkan tanah berstatus rizab Melayu kepada bukan Melayu," katanya.

Sumber berkata, suspek ditahan jam 11.17 malam tadi di Pejabat SPRM Perak selepas memberi keterangan membabitkan kes berkenaan.

Katanya, hasil penggeledahan di rumah suspek, semalam menemui harta yang disyaki hasil kegiatan rasuah iaitu dua kenderaan jenis Toyota Harrier dan Toyota Hilux, dua set perabot sofa mewah, 22 beg tangan mahal berjenama, sembilan geran lot tanah atas nama suspek dan saudaranya serta sebuah banglo anggaran bernilai lebih kurang RM600,000.

"Jumlah keseluruhan aset yang dimiliki dianggarkan melebihi RM1 juta berbanding kemampuan emolumen yang diraih oleh suspek," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena